Balu Abam mohon Ali Puteh tidak lengahkan pembayaran

PETALING JAYA – Isteri arwah Abam, Nor Hidayah Mohd. Ali, memohon adik iparnya, Ali Puteh untuk tidak melengahkan segera urusan pembayaran setelah keputusan rayuan saman fitnah kekal memihak kepadanya.

Menerusi akaun Instagramnya, Nor Hidayah, 30, memuat naik gambar di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, setelah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh memutuskan demikian.

Keputusan itu sekali gus menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, untuk mengetepikan saman fitnah itu.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan saman fitnah mahkamah telah diputuskan dan juga telah memihak kepada Hidayah.

“Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan. Semoga saya dan anak boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini,” tulisnya di dalam ruangan kapsyen.

Nor Hidayah juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan buat dirinya dan anak sepanjang kes berjalan sejak Mei 2020.

Terdahulu, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Balu Abam mohon Ali Puteh tidak lengahkan pembayaran appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*