Band ‘Lejen’, Paramore Kembali Dengan Album Baru “This Is Why”

Paramore Album “This Is Why”

Band ‘Lejen’, Paramore Kembali Dengan Album Baru “This Is Why”

Kumpulan punk rock Amerika Syarikat, Paramore yang tercukup kenal suatu ketika dulu bakal kembali dengan album terbaharu mereka tidak lama lagi. Berjudul This Is Why, album berkenaan dilancarkan hari ini.

Kali terakhir band berkenaan menerbitkan album mereka adalah lima tahun lepas di bawah label Atlantic Record. This Is Why yang memuatkan 10 lagu akan menjadi album keenam mereka. Album yang dihasilkan tersebut mendapat sentuhan Carlos de LA garza.

10 lagu Paramore dalam album baru This Is Why

10 lagu berkenaan adalah This Is Why, Running Out of Time, Crave, Figure 8, The News, Liar, Big Man, Little Dignity, You First, Thick Skull dan C’est comme ça. Menerut Paramore, album keenam ini akan menampilkan banyak kelainan berbanding album pertama band tersebut, All We Know Is Falling yang diterbitkan pada 2005.

This Is Why mengisahkan tentang jatuh bangun dan emosi kumpulan tersebut yang dapat bertahan hingga ke hari ini. Ia juga mengangkat tema manusia yang bergelut dalam tempoh 3-4 tahun lepas, terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

Seterusnya, album ini juga ingin menyampaikan bahawa tempoh-tempoh sukar ini secara tidak langsung telah membangkitkan rasa empati orang ramai. Ia kemudian menjadi pemankin untuk manusia perlahan-lahan berubah menjadi lebih baik.

Enam album Paramore

Untuk pengetahuan pembaca, Paramore adalah sebuah kumpulan punk rock dari Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 2004. Kumpulan ini terdiri daripada tiga orang ahli Hayley Williams, Zac Faro dan Taylor York. Hayley menggalas tanggungjawab sebagai penyanyi utama, Zac sebagai pemain drum dan Taylor sebagai pemain gitar.

Paramore juga pernah dianggotai oleh beberapa ahli muzik lain iaitu Josh Farro, Jason Bynum, John Hembree, Jeremy Davis dan Hunter Lamb.

Selain This Is Why dan All We Know Is Falling, album-album lain Paramore termasuklah Riot!, Paramore, Brand New Eye dan After Laugh.

Menerusi laman media sosial mereka turut berkongsi akan menjelajah ke beberapa buah negara bermula pada bulan Oktober ini di California dan berakhir November nanti di Mexico.

BACA: SMART Jumpa Tiga Mayat Dalam Runtuhan Gempa

Sumber: Grammy, Paramore

The post Band ‘Lejen’, Paramore Kembali Dengan Album Baru “This Is Why” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*