Banduan pondan hamilkan 2 banduan wanita dipindahkan ke penjara lelaki

Banduan transgender yang ditempatkan di penjara wanita di New Jersey telah menghamilkan dua banduan dan hal itu menyebabkan dia telah dipindahkan ke penjara lain, lapor New York Post.

Wanita transgender, Demi Minor, 27, terdahulu dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun kerana membunuh dipenjara di Edna Mahan Correctional Facility for Women sebelum dipindahkan ke Garden State Youth Correctional Facility (GYSC), iaitu penjara untuk golongan belia di Burlington County di mana hanya dia satu-satunya ‘wanita’ di situ.

Menurut catatan yang ditulis oleh Minor di laman web Justice 4 Demi pada 15 Julai lalu, dia ditempatkan dalam pengawasan bunuh diri di kemudahan baharu itu kerana ‘saya sudah menggantung diri di dalam van’.

Dia mendakwa, pegawai penjara menafikan permintaannya untuk diperiksa pegawai penjara wanita.

“Mereka melanggar hak saya untuk selamat dan bebas daripada gangguan seksual dengan meletakkan saya di salah satu fasiliti koreksional paling ganas. Ketika tinggal di GYSC, saya diserang banduan muda yang tidak matang dan sangat jahil terhadap orang seperti saya.

“Saya dipindahkan ke Penjara Negeri New Jersey di mana saya dipanggil sebagai ‘he’ (kata ganti diri lelaki) lebih 30 kali,” katanya.

Minor juga mendakwa dia sebelum ini telah dikeluarkan secara paksa dari penjara wanita dan turut dipukul ketika proses pemindahan itu.

Bagaimanapun, Jabatan Penjara enggan mengulas mengenai dakwaan Minor dan hanya memberitahu media bahawa mereka akan menyiasat dakwaan tersebut.

“Tindakan Minor itu dilakukan beberapa bulan selepas didedahkan dia menghamilkan dua banduan ketika dikurung di penjara wanita, selepas terbabit dalam hubungan seksual suka sama suka dengan orang lain yang dipenjarakan,” katanya.

Undang-undang di New Jersey pada 2021 telah menetapkan, banduan diberi kebenaran untuk ditempatkan mengikut identiti jantina pilihan mereka.

BACA: Tular Rakaman Wanita Maut, Dilanggar & Digilis Berkali-kali Kereta Dipandu Teman Lelaki

Sumber: New York Post, Harian Metro

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*