Banduan Tak Sangka Hakim Jatuhkan Kes Kawan Sekolah Sendiri

Banduan Tak Sangka Hakim Jatuhkan Kes Kawan Sekolah Sendiri

“Encik Booth, saya ada soalan untuk awak.”

“Ya, puan?”

“Awak pergi ke sekolah Nautilus, ke?”

Satu perbualan yang sangat tak dijangka oleh seorang banduan dengan hakim yang telah jatuhkan kes kepadanya.

Bayangkan, anda dalam mahkamah, mendengar kesalahan anda dan hukuman anda. Tiba-tiba, anda dapat tahu yang hakim itu rakan lama anda sendiri.

Itulah yang terjadi antara seorang lelaki bernama Booth dan juga hakim, Mindy Glazer ketika di mahkamah.

Booth yang pada mulanya tersenyum, terus menangis apabila mendapati kawannya itu masih mengingatinya.

Hakim Mindy Glazer hanya tersenyum dan memintanya untuk ubah cara hidupnya.

“Saya sentiasa terfikir apa terjadi kepada awak,” kata Hakim Mindy.

“Dia budak yang paling baik di sekolah. Saya pernah bermain bola sepak dengannya dan kanak-kanak yang lain. Dan lihatlah apa yang terjadi padanya sekarang.

“Encik Booth, saya harap awak dapat mengubah cara hidup awak, semoga berjaya,” ujar hakim itu dengan senyuman.

Pada ketika itu, Booth hanya mampu menangis.

Booth kemudiannya dimasukkan ke dalam penjara selama 10 bulan. Apabila dia dilepaskan, rakan lamanya Mindy Glazer selaku hakim kes turut berada di saat itu.

“Cuba dapatkan pekerjaan. Jika awak nak buat sesuatu yang baik untuk orang lain, itulah caranya,” kata Mindy kepada Booth saat dia dibebaskan dari penjara.

“Dia merupakan inspirasi dan pemberi motivasi untuk saya,” kata Booth.

“Jangan hampakan kami,” ujar Mindy.

“Saya berjanji saya tak akan hampakan sesiapa,” jawab Booth.

Booth telah berpegang kepada janji yang dibuat dengan Mindy. Kini, dia telah bekerja sebagai seorang pengurus di syarikat farmaseutikal di Florida.

‘Reunion’ tak dijangka itu telah mengubah hidup Booth. Perjumpaan dengan rakan lamanya itu telah memberikan dia semangat baharu.

Dia mempunyai seseorang yang percaya bahawa dia boleh berubah. Itulah yang menjadi pendorongnya. Sedikit kebaikan dan belas kasihan dapat membantu seseorang.

Sumber: sharktimeuk

BACA JUGA: Kenali Ted Williams, Gelandangan Yang Berjaya Ubah Nasib Melalui Suara Emasnya

The post Banduan Tak Sangka Hakim Jatuhkan Kes Kawan Sekolah Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*