Bantuan Khas Kewangan 2023 Kepada Penjawat Awam, Pesara Dibayar 17 Jan – JPA

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Jan depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dalam Facebooknya hari ini, memaklumkan pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP  dan veteran berpencen serta tidak berpencen akan menerima bantuan RM350 pada hari yang sama.

JPA turut memuat naik surat edaran yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Zulkapli Mohamed bertarikh 27 Dis 2022.

Menurut surat pekeliling tersebut, BKK tersebut layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang masih berkhidmat pada 17 Jan 2023 meliputi pegawai lantikan tetap, sementara dan Kontrak Perkhidmatan (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji.

Ia juga layak dibayar kepada pegawai lantikan Malaysia Short-Term Employmen Programme (MySTEP) yang berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Jan 2023.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Home Sweet Home,” TokTi Dipercayai Beli Kondominium Di Dubai, Warganet Tumpang Gembira

The post Bantuan Khas Kewangan 2023 Kepada Penjawat Awam, Pesara Dibayar 17 Jan – JPA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*