Baru Lepas Menang Kejohanan Bola Sepak, Empat Dilapor Maut Dalam Nahas Bas Di Brazil

Empat Dilapor Maut, 29 Tercedera Dalam Nahas Bas

Baru Lepas Menang Kejohanan Bola Sepak, Empat Dilapor Maut Dalam Nahas Bas Di Brazil

RIO DE JANEIRO — Empat dilaporkan maut manakala 29 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa 31 pasukan bola sepak remaja terhumban dari sebuah jambatan sedalam 32 kaki (9.7 meter) di Além Paraíba, Minas Gerais di Brazil, lapor Daily Mail.

Difahamkan, pasukan itu dalam perjalanan pulang ke Duque de Caxias dari Ubaporanga selepas baru sahaja memenangi kejohanan bola sepak bawah 18 tahun dan 16 tahun.

Salah seorang daripada mangsa berusia 16 tahun memberitahu TV Integracao, kegembiraan mereka bertukar tragedi selepas bas tersebut terlibat dalam satu nahas.

“Ia berlaku sekelip mata. Ketika itu, semua orang sedang tidur,” katanya.

Kejadian itu berlaku dipercayai akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan berkenaan sewaktu menyeberangi jambatan di BR-116 sebelum hilang kawalan.

Gambar: Brazil BNN

Menurut laman web Brazil, G1 menyatakan bahawa mangsa yang maut termasuk tiga remaja yang berusia lingkungan 14 dan 17 tahun serta seorang individu dewasa.

Manakala 24 orang lagi yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Sao Salvador sementara lima lagi mendapatkan rawatan di Casa de Caridade Leopoldinense di Leopoldina.

Dalam satu kenyataan polis memaklumkan, lima pesakit terbabit memerlukan penjagaan khas dengan tiga daripadanya diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala dua lagi di Unit Perantaraan.

Menurut Hospital Sao Salvador, kesemua mangsa yang cedera berusia bawah 18 tahun dan hanya seorang berumur 19 tahun.

Dalam pada itu, syarikat bas berkenaan dalam satu kenyataan  berkata pihaknya akan membantu dalam menyediakan keperluan kepada mangsa termasuk bagi pihak keluarga.

“Kami berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Darat Negara (ANTT) dan jumlah penumpang yang terlibat adalah 31 orang termasuk pemandu.

“Buat masa ini, kami sedang menunggu maklumat lanjut daripada PRF tempatan dan kakitangan syarikat yang sedang mengikuti perkembangan semasa,” kata syarikat bas itu.

Sumber: Daily Mail

BACA JUGA: Bas Ekspress Dilapor Terbakar 100 Peratus Di KM286 RNR Arah Selatan Petang Ini

The post Baru Lepas Menang Kejohanan Bola Sepak, Empat Dilapor Maut Dalam Nahas Bas Di Brazil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*