Baru Nak Berehat, Sekali Buka Pintu Hotel Ada Ayam Dua Ketul Tak Berlapik Atas Katil

ayam kfc atas katil hotel

Bila dah mengharungi perjalanan jauh berjam-jam lamanya, mesti tak sabar nak sampai ke tempat penginapan iaitu hotel, kan? Badan penat, emosi letih, perut pula lapar, jadi memang tak hairanlah apa yang diharapkan adalah dapat lelapkan mata..sekejap pun jadilah!

Masa tengah melangkah nak masuk ke bilik, dalam kepala memang ingat nak tidur je terus. Maklumlah letih. Tapi masa masuk tu, tiba-tiba ada ayam goreng atas katil. Kalau korang, korang suka ke tak nampak ayam goreng atas katil hotel? Peliknya, takda angin takda ribut tahu-tahu ayam sampai. 

Ha macam itulah seperti yang dialami oleh seorang pelancong dari England, Kamlesh Mistry  baru-baru ini. Sebaik masuk ke dalam hotel, dia ternampak dua ketul ayam di atas katilnya. Bukan itu saja, bilik hotelnya juga penuh dengan kotak berwarna merah dan putih. Malah hotel tu pun dihias dengan tema merah putih macam ada sesuatu yang menyambutnya.

Peha ayam tu rupa-rupanya…

Sebenarnya, dua ketul ayam tersebut rupa-rupanya ialah Bantal Ayam KFC sempena lawatan Kamlesh, iaitu selaku Superfan KFC ke Kuala Lumpur.  Baru tahu juga, hiasan-hiasan kotak merah dan putih juga adalah disediakan oleh pihak KFC semata-mata mahu menyambut kedatangannya!

Mesti ramai yang terfikir kan, macam mana benda ni boleh terjadi?

Sebelum ini Kamlesh pernah meraih perhatian ramai apabila dia mengembara hampir 50 tempat di dunia dan menikmati hidangan KFC di cawangan-cawangan berbeza hingga mendapat gelaran KFC Superfan. Hampir satu dunia berjalan, sudahnya KFC Malaysia juga yang paling sedap. Siapa tak bangga kan?

Keratan artikel terdahulu

Jadi bersempena dengan kedatangan semula ke Kuala Lumpur pada kali ini, Kamlesh dibawa ‘berjalan’ ke beberapa KFC di Malaysia selama tiga hari iaitu dari 20 hingga 22 Disember lepas. Menariknya kali ini, Kamlesh bukan setakat dapat makan ayam je, tapi siap dapat surprise bantal peha ayam lagi kat dalam hotel!

Kamlesh X KFC dah jadi ‘member’ sekarang

Memandangkan Kamlesh ni datang jauh dari UK, pernah travel hampir 50 lokasi di seluruh dunia sambil ‘memburu’ KFC dan kemuncaknya yang paling kena dengan tekak dia ialah Malaysia, jadi KFC Malaysia kini dah start berkawan dengan Kamlesh dah sekarang. Tu yang tempoh cuti akhir tahun baru-baru ni kita jemput dia datang Malaysia bawak ronda mana tempat best.

Dulu Kamlesh datang dan merasa ayam ‘Kepci’ Malaysia buat kali pertama, kali ni dia datang sekali lagi bawa keluarga jalan-jalan. Korang mesti nak tau kan macam mana perjalanan Kamlesh kat Malaysia bersama KFC kali ni? Jom ikuti ‘trip’ ni.

Trip Kamlesh dengan KFC: Journey to #KAWANORI

Nak tahu tak, nak jemput orang jauh nun kat UK sana tu bukanlah macam panggil jiran kat sebelah rumah. Tapi kali ni smooth je, semuanya start dengan ‘DM’ kat Instagram (IG) Kamlesh.

Gambar: KFC

“Hai UK Superfan! Kitorang dengar awak pilih kami (KFC Malaysia) sebagai KFC terbaik di dunia. Terima kasih bro!” 

“Hai KFC Malaysia! Ye 100% ia memang terbaik!!”

“Haa awak rindu tak nak KFC Malaysia lagi? Macam mana kalau awak datang lagi ke sini dan nikmati KFC cara orang Malaysia? Jalan-jalan dengan kami,” 

“Siyes ah? Betul ni?”

“Yee betul! Terbaik ah! Kami akan jumpa awak nanti!”

Difahamkan lepas borak dalam DM, Kamlesh pun ‘on’ nak datang Malaysia. Kira set lah!

Hari pertama: 20 Disember (Selasa) 

Tiba di KLIA, check-in hotel 

Nak sambut orang datang jauh dari UK ni mestilah kena proper kan? Jadi team KFC pun prepare la macam-macam nak bagi gempak. Korang nak tau apa yang jadi? Team KFC sediakan satu kereta khas ‘Come Aboard, Kawan Ori!’ berwarna tema putih merah KFC semata-mata nak sambut Kamlesh kat KLIA!

Gambar: KFC
Gambar: KFC
Gambar: KFC

Dah nama pun ‘Cara orang Malaysia’, tak sah la kan kalau takda kompang? Team KFC yang sedia sambut Kamlesh kat KLIA dengan kereta merah tu siap pakai kostum putih ala-ala pengasas KFC, Kolonel Sanders. 

Tu diaa, tengok tu, sambil berkompang lagi!

Gambar: KFC
Gambar: KFC

Dah setel berkompang, Kamlesh pun dibawa ke hotel. Yang best nya, hotel ni pun dah siap dihias dengan hiasan tema KFC. Memang betul-betul la gaya nak sambut tetamu jauh ni. Bayangkan kat mana-mana sudut mesti ada tema KFC, kat dinding, tombol pintu, skrin tv sampailah ke atas katil!

Gambar: KFC
Gambar: KFC
Gambar: KFC
Gambar: KFC
Gambar: KFC
Gambar: KFC
Gambar: KFC

Hari kedua: 21 Disember (Rabu)

Jalan-jalan Kongsi Kepci

Masa hari kedua nilah program paling best KFC nak bawak Kamlesh buat ‘rasa-rasa’ jadi orang Malaysia. Kali ni Kamlesh dibawa jalan-jalan seharian sambil berkongsi hidangan KFC kepada orang lokal bermula daripada buat pesanan / pembelian di kaunter, pilih menu kesukaan ramai sehinggalah hantar kepada pelanggan dengan tangannya sendiri! 

Gambar: KFC

Dalam misi ini Kamlesh akan turut serta ‘ambil order’ dan hantar pesanan KFC ke tiga jenis pelanggan berbeza, iaitu insan-insan istimewa di rumah kebajikan Gem & Bread Special Needs Support Group, golongan pekerja di restoran KFC dan di rumah pelanggan. Barulah real nak buat ‘rasa-rasa’ jadi orang Malaysia!

Gambar: KFC

Lokasi pertama: rumah kebajikan Gem & Bread Special Needs Support Group. Kamlesh berpeluang jumpa insan-insan istimewa di sini.

Gambar: KFC

Lokasi kedua: hantar pesanan kepada pekerja. Kamlesh buat delivery ke sebuah pejabat, rupanya ada kejutan yang menunggu

Gambar: KFC

Lokasi ketiga: Datang & ketuk pintu rumah orang. Ni lagi real weh!

Gambar: KFC
Gambar: KFC

Last sekali barulah Kamlesh makan ‘Kepci’ dengan kru-kru KFC sendiri.

Hari ketiga: 22 Disember (Khamis)

Jumpa Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) KFC

Travel banyak negara sudah, datang Malaysia balik makan KFC sudah, tidur hotel ada peha ayam atas katil sudah, ronda seharian pergi hantar pesanan KFC ke pelanggan pun sudah. Kalau dah buat macam-macam tapi belum jumpa ‘bos’, kira belum ‘aci’ la kan?

Ha hari ketiga ni, Kamlesh dibawa secara rasmi berjumpa dengan Ketua Pegawai Pemasaran KFC, Chan May Ling di KFC Bukit Raja, Klang kira-kira pukul 10 pagi. Kalau korang familiar dengan cawangan Bukit Raja ni, korang mesti tahu dah bucket gergasi kat atas restoran. Satu pemandangan cukup ikonik buat Kamlesh!

Gambar: KFC
Gambar: KFC

Difahamkan sepanjang bertemu dengan CMO, Kamlesh mendapat input berguna daripadanya tentang beberapa perkara penting khususnya tentang cerita KFC dari ladang ke meja makan atau  ‘Farm to Fork’. 

‘BehindTheSkins’..cerita tentang ayam

Waktu inilah Kamlesh – selaku orang UK – ‘dihidangkan’ dengan input ‘Di Sebalik Kulit’  macam mana KFC Malaysia menguruskan produknya (terutamanya ayam goreng) bermula dari ladang ternakan, simpanan dalam chiller, adunan resipi, penggorengan sehinggalah ia dihidangkan di atas meja makan. Segalanya fresh!

Pejam celik pejam celik maka misi Kamlesh dengan KFC kali ini sudah pun sampai ke penghujungnya. Pada hari keempat iaitu 23 Disember (Jumaat), Kamlesh pun check-out dari hotel dan difahamkan, dia dan keluarganya meneruskan perjalanan ke Langkawi untuk sambung bercuti kat sana.

Gambar: KFC

Kesimpulannya, begitulah coretan panjang macam mana trip Kamlesh di Malaysia bersama KFC pada kali ini. Dari hari pertama disambut dengan kompang, dibawa ke hotel, rasa pengalaman hantar makanan ke pelanggan sampailah bertemu dengan CMO sendiri, memang satu pengalaman yang cukup sempurna!

Jadi apa-apa pun, Kamlesh dah pun membuktikan bahawa KFC di Malaysia adalah pilihan paling tepat untuk korang nikmati satu pengalaman menarik. Oleh itu jomlah sama-sama kita ke KFC SEKARANG!

 

 



The post Baru Nak Berehat, Sekali Buka Pintu Hotel Ada Ayam Dua Ketul Tak Berlapik Atas Katil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*