Connect with us

Semasa

Bayaran i-Lestari Bulan Jun Dah Masuk

Published

on

Permohonan & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan..

Jika anda merupakan ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) anda boleh membuat permohonan i-Lestari untuk akaun 2 setakat tarikh 30 April 2020 lepas, sahaja bagi pengeluaran bulan Mei jun dan seterusnya nanti.

Apakah i-Lestari? I-Lestari adalah pengeluaran bulanan simpanan KWSPbertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli-ahlinya.

Bagi ahli yang telah memohon i-Lestari & LULUS permohonan, bayaran untuk bulan pertama akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda bermula pada 4 Mei 2020 dan bulan Kedua adalah 1 Jun 2020

Bagi yang belum masuk untuk second kemasukan ini anda harap bersabar, mungkin giliran anda akan tiba.

Berikutan tempoh PKP yang masih berjalan Permohonan itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara Online sahaja.

Cara Buat Semakan i-Lestari

  1. Tekan “Semak Status Permohonan”
  2. Kemudian masukkan No IC anda, No telefon & tekan Semak.
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan.

Cara Buat Permohonan Baru I-Lestari Online

Sila baca dan fahamai INFO PENTING sebelum meneruskan permohonan.

  1. Sila ke laman rasmi i-Lestari di ilestari.kwsp.gov.my.
  2. Tekan Permohonan Baharu
  3. Isi Nama Penuh, No IC, No Telefon, Alamat Emel, Alamat dan Poskod.
  4. Pilih Jumlah Amaun Di Mohon Sebulan (RM)
  5. Pilih Bank dan Masukkan No Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Yang Aktif
  6. Tandakan pada Kotak Pengesahan Pengakuan Pemohon
  7. Baca Perakuan Pemohon dengan teliti & Tekan Setuju
  8. Tekan HANTAR.

Cara Buat Pengeluaran KWSP Online I-Lestari

  • 1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
  • 2. Pilih Tab Pengeluaran
  • 3. Klik e- Pengeluaran
  • 4. Klik Permohonan Baru
  • 5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi

Memetik dari berita Harian Metro dalam kenyataan dikeluarkan KWSP hari ini, bagi menerima pembayaran pengeluaran bermula Mei, ahli kwsp boleh membuat permohonan sehingga 30 April (hari ini).

 

“Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh itu, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya,” katanya.

Maknanya kalau anda mohon bulan mei makanya anda akan dapat bulan berikutnya.

Maklumat Lanjut

Konsep & Prosedur Pengeluaran KWSP

  1. Ahli dibenarkan keluar hanya RM500 dari Akaun 2 KWSP
  2. KWSP akan luluskan tarikh permohonan pengeluaran. Bermula dari tarikh kelulusan hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021.
  3. Contoh a: Jika permohonan diluluskan pada April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 12 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.
  4. Contoh b: Jika permohonan diluluskan pada bulan Oktober 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 8 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.

Kenapa Hanya RM500 sahaja Boleh Dikeluarkan Sebulan?

Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk mengurangkan beban ahli KWSP. Amaun RM500 sebulan adalah amaun yang berpatutan bagi memenuhi keperluan asas.

Maklumat Lanjut Mengenai Bayaran Pengeluaran i-Lestari

  • Bayaran tidak boleh dikreditkan ke dalam bank orang lain.
  • Ahli akan dapat notifikasi daripada SMS sekiranya bayaran telah dimasukkan.
  • Jika bayaran tidak diterima walaupun permohonan telah lulus, sila buat semakan semula status pembayaran di i-Akaun (Ahli) atau hubungi talian hotline KWSP.

Sumber: portalmalaysia

Advertisement

Tags

Archives

Trending