Bayaran RM32 tidak berjaya, duit pula lesap RM23,514.70

KUANTAN – Mahu membeli kad Touch ‘n Go (TnG) Komunikasi Medan Dekat (NFC) berharga RM32 melalui pembelian dalam talian, tetapi wang simpanan sebanyak RM23,514.70 lesap.

Itulah yang berlaku kepada pegawai latihan vokasional di Jerantut yang tertipu dengan tawaran jualan kad TnG NFC murah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula kelmarin selepas mangsa yang berumur 55 tahun melihat iklan penjualan kad TnG NFC murah di laman sosial Facebook sebelum berurusan dengan suspek yang manyamar sebagai ejen jualan.

“Mangsa telah berminat dengan tawaran ‘Family Package’ iaitu empat keping kad TnG NFC bernilai RM32 dan telah menekan pautan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa turut mengisi maklumat akaun bank seperti ‘username’ dan ‘password’ untuk proses pembayaran, tetapi tidak berjaya sebelum mendapati wang dalam akaunnya telah lesap,”katanya di sini hari ini.

Menurut Ramli kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

“Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi yang tidak berkaitan dan jangan dedahkan butir-butir perbankan kepada pihak ketiga atau dalam sebarang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

The post Bayaran RM32 tidak berjaya, duit pula lesap RM23,514.70 appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*