‘Bayarlah Zakat, Nanti Rasa Sendiri Dia Punya Vibes Tu’ – Amir Raja Lawak

amir raja lawak bayar zakat

Penghibur tanah air, Amir Raja Lawak menasihati orang ramai untuk menjelaskan bayaran zakat kepada pusat zakat kerana ia dipercayai mempunyai ‘auranya’ tersendiri.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 33 tahun berkongsi perasaannya sedemikian selepas dirinya membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) tular di media sosial baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Selepas viral tiga empat hari lepas ada saya terperasan satu komentar yang cakap ‘Lepas tengok posting ni baru teringat yang belum bayar lagi zakat’.

“Dan ada satu inbox (mesej) yang tanya saya ‘Macam mana cara dan kiraan untuk bayar zakat?’ sebab dia pun peniaga, kadang jualan Alhamdulillah ok, kadang jualan tak berapa ok, adakah dia perlu bayar zakat?” katanya.

Sehubungan itu Amir menjelaskan bahawa membayar zakat sebenarnya ada auranya yang tersendiri dan turut menasihati orang ramai agar menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Ibarat dah berjaya langsai hutang tertunggak”

Gambar: FB PPZ

“Saya cuma nasihatkan, bayarlah zakat. Nanti akan rasa sendiri dia punya vibes selepas bayar tu. Rezeki tu lagilah kan sebab rezeki dari Allah dan kita pun buat apa yang dituntut.

“Perasaan tu tak boleh diungkapkan dengan lidah, hanya tuan badan sendiri yang akan rasa ‘magik’nya itu. Dia punya lega tu rasa puas sangat dan ibarat dah berjaya langsai hutang tertunggak,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya tidak tahu atau tidak mempunyai pengalaman utnuk membayar zakat, orang ramai sebaiknya boleh terus pergi ke pusat zakat yang berhampiran.

Sebagai penutup dalam perkongsiaanya, Amir turut menitipkan sedikit nasihat yang jelas mampu memberi kesan kepada golongan yang memahaminya.

“Kalau dalam hidup kita tak jumpa lagi orang yang baik, kita jadilah orang yang baik itu,” tambahnya.

PPZ puji tindakan Amir laksana Rukun Islam keempat

Sebelum itu, laman Facebook PPZ memuat naik perkongsian memuji tindakan pelawak itu yang sedia menjalankan tanggungjawab menunaikan Rukun Islam keempat tersebut.

PPZ dalam perkongsian pada 31 Disember lepas memuji Amir yang masih setia membayar zakat walaupun sekadar mencari sumber pendapatan dengan berniaga.

“Tidak pernah mengeluh tiada ‘job’ dan tidak rasa malu berniaga di jalanan, Amir Raja Lawak bersyukur atas rezeki pada tahun 2022 ini.

“Amir berterima kasih kepada yang berkongsi rezeki dan juga yang sokong perniagaan air jagung serta jualan baju bundle miliknya,” memetik perkongsian PPZ dalam hantaran tersebut.

PPZ menambah, Amir turut menitipkan doa dengan berbunyi, “Tahun 2023 saya doakan agar saya dapat berkongsi rezeki lebih lagi supaya lebih ramai yang dapat manfaat,”

 

Sumber: Amir Raja Lawak

The post ‘Bayarlah Zakat, Nanti Rasa Sendiri Dia Punya Vibes Tu’ – Amir Raja Lawak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*