Bayern resah radang jantung Mazraoui

MUNICH – Gergasi Jerman, Bayern Munich terpaksa melupakan khidmat Noussair Mazraoui buat seketika selepas pertahanan Maghribi itu disahkan mengalami radang pada jantung ekoran jangkitan Covid-19 semasa bersama The Atlas Lions di Piala Dunia baru-baru ini.

Maghribi mencipta kejutan besar apabila layak ke separuh akhir di Piala Dunia dan selepas kembali ke kelab, ujian yang dilakukan ke atas Mazraoui mendapati dia mengalami kerada­ngan, namun tidak berada pada tahap serius.

Situasi itu bermakna Mazraoui tidak dapat menyertai pasukan ke kem latihan di Doha, Qatar dan belum dapat ditentukan bila pemain itu kembali.

“Noussair Mazraoui tidak dapat terbang bersama pasu­kan ke Doha bagi menjalani kem latihan. Pemain itu didapati positif Covid-19 semasa Piala Dunia, Disember lalu hingga me­nyaksikanya terlepas perlawanan suku akhir menentang Portugal.

“Selepas melakukan pemeriksaan susulan di Munich, doktor pasukan, Professor Dr. Roland Schmidt mendapati berlakunya keradangan ringan pada bahagian pericardium,” menurut kenya­taan dikeluarkan Bayern.

Bagaimanapun, laporan menyebut bekas pemain Ajax itu mungkin terpaksa disisih­kan untuk tempoh empat hingga enam minggu sekaligus berdepan risiko tidak dapat sertai pasukan bagi menghadapi aksi 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain.

Selain Mazraoui, pemain tengah, Marcel Sabitzer turut terlepas sertai pasukan ke Doha kerana selesema. – AGENSI

The post Bayern resah radang jantung Mazraoui appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*