Bayi 16 Bulan Tapi Berat 27kg, Hanya Mampu Baring & Duduk

bayi 16 bulan berat 27kg

Bayi 16 Bulan Tapi Berat 27Kg, Hanya Mampu Baring & Duduk

Hanya mampu duduk dan baring, bayi yang baru sahaja berusia 16 bulan dilaporkan mengalami obesiti selepas beratnya kini sudah mencecah 27 kilogram (kg), lapor Tribun News.

Bayi itu dikatakan hanya mampu berdiri untuk tempoh beberapa saat sahaja sebelum duduk semula, dedah ibunya.

Menurut ibunya lagi, bayi mereka masih belum mampu menyeimbangkan dirinya sehingga ke saat ini. Bayi tersebut juga tidak aktif merangkak seperti bayi-bayi lain yang seusianya.

“Dia masih belum boleh berjalan, hanya boleh berdiri tetapi akan duduk semula dengan segera,” kata si ibu kepada media tempatan.

Berkenaan aktviti sehariannya pula, difahamkan bayi itu banyak menghabiskan masa dengan duduk dan tidur sepanjang hari. Ini kerana, berat badan yang berlebihan itu menghalan bayi berkenaan untuk melakukan apa-apa aktiviti.

Walaupun mengalami kesukaran untuk berdiri, si ibu menegaskan kesihatan bayi mereka berada dalam keadaan baik ketika ini. Malah, mereka juga tidak mengesan sebarang tanda mencurigakan yang ditunjukkan oleh anak mereka.

Baru berusia 16 bulan, bayi miliki berat 27kg

Tambah si ibu lagi, pola tidur dan pernafasan bayi tersebut juga normal seperti kebanyakkan kanak-kanak yang lain.

“Tiada masalah lain. Alhamdulillah anak saya berada dalam keadaan baik di mana pernafasannya normal, tidak seperti yang lain ada masalah sesak nafas.

“Dia juga senang untuk tidur pada waktu malam,” katanya.

BACA: Bayi 10 Bulan Maut, Lemas Mainan Tersekat Di Lubang Tab Mandi

Bayi berat badan 27 kg bertambah seawal enam bulan

Difahamkan, berat badan bayi itu mula bertambah sewaktu dia berusia enam bulan.

“(Awalnya lahir) empat kg dan apabila mencecah usia enam bulan, ada perubahan dalam beratnya. (Berat) dia semakin hari semakin bertambah, naik satu kilogram,” ujarnya.

Si ibu juga tidak mengetahui punca bagaimana berat anaknya meningkat mendadak dan menjadi obes.

Dia bagaimanapun mendedahkan si anak sudah diberikan susu formula sejak dari lahir lagi. Ibunya juga mengakui ada kalanya turut memberikan bayi berkenaan minum susu pekat manis.

“(Susu formula) diberikan kerana tidak minum susu ibu. Kemudian, Kenzi diberikan susu pekat manis selepas umur setahun.

“Itu kerana saya tidak mampu membeli susu formula,” katanya.

Biarpun bayi itu tidak mengalami masalah lain pada tubuhnya, tetapi apa yang merisaukan si ibu pada ketika ini adalah berat badannya yang luar biasa berbanding bayi lain.

“Risau kerana badan dia seperti ini (besar dan berat). Saya dah rujuk kepada parkar perubatan dan berkata sekiranya diberikan susu sahaja dia akan kurus.

“Saya ikut nasihat itu dan kurangkan beri dia makanan,” tambahnya.

Sumber: Tribun News

The post Bayi 16 Bulan Tapi Berat 27kg, Hanya Mampu Baring & Duduk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*