Bayi Terjatuh Dalam Perigi Berjaya Diselamatkan

bayi terjatuh dalam perigi

Bayi Terjatuh Dalam Perigi Berjaya Diselamatkan

BANGKOK — Seorang bayi berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat hari ini selepas dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 13 meter di kawasan terpencil, luar bandar Thailand petang semalam.

Memetik AFP, misi menyelamat bayi perempuan itu telah dilancarkan sejak semalam.

Pada petang Isnin, bayi berusia 19 bulan itu telah dilaporkan terjatuh ke dalam perigi selebar 30 sentimeter di wilayah Tak, berhampiran sempadan Myanmar ketika bermain.

Susulan kejadian, operasi menyelamat telah dilakukan dengan menggunakan bantuan mesin penggali mekanikal bagi mencapai mangsa.

Ketua Polis Phop Phra, Ratsaran Ketsoising sewaktu memaklumkan kepada AFP berkata, mangsa berada dalam keadaan keletihan namun masih menunjukkan tanda-tanda vital baik.

Sementara itu, menerusi rakaman video di lokasi kejadian memaparkan pasukan penyelamat gigih menggali dasar tanah berwarna merah.

Difahamkan, mangsa merupakan anak kepada pekerja warga asing dari Myanmar.

Sehingga kini, bayi perempuan itu telah menerima rawatan lanjut selepas dikejarkan ke hospital.

BACA JUGA: Luqman Hakim Sah Sertai Njarðvík FC Secara Pinjaman

Terdahulu, seorang budak lelaki berusia 10 tahun turut dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 35 meter, lapor AFP.

Kejadian itu berlaku di sebuah tapak pembinaan di wilayah selatan Dong Thap, Vietnam pada awal bulan Januari lalu.

Susulan kejadian, ratusan anggota penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, misi tersebut berdepan kesukaran akibat lebar tiang konkrit hanya 25 sentimeter.

Mangsa dilaporkan terjatuh sewaktu mencari besi buruk di sekitar lokasi kejadian.

Menurut media tempatan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pasukan penyelamat termasuk menggerudi dan melembutkan tanah bagi menarik tiang berkenaan ke atas.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh turut meminta pasukan penyelamat khas dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia berikutan kedalaman tiang yang dalam dan mengalami pelbagai kecederaan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Wilayah, Doan Tan Buu selepas membuat rundingan bersama doktor pakar.

Dia telah terperangkap dalam tiang yang sangat dalam dengan pelbagai kecederaan yang dialami dan kadar oksigen yang tidak mencukupi untuk tempoh yang lama.

“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Bagaimanapun, dengan keadaannya mustahil untuk bertahan,” katanya kepada wartawan di lokasi kejadian.

Sumber: AFP

The post Bayi Terjatuh Dalam Perigi Berjaya Diselamatkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*