Beberapa Kawasan Pahang Kembali Banjir, Warganet Kongsi Video Tunjuk Keadaan

pahang kembali banjir

Beberapa Kawasan Pahang Kembali Banjir, Warganet Kongsi Video Tunjuk Keadaan

Beberapa kawasan di daerah Kuantan dipercayai mula dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang.

MetMalaysia memaklumkan, ribut petir dan hujan sangat lebat berterusan pada tahap bahaya dijangka berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Kredit: Twitter MetMalaysia

Manakala, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di daerah Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

Sementara itu, hujan berterusan melibatkan negeri Terengganu di Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

Selain itu, ia turut berlaku di Negeri Sembilan iaitu di daerah Jempol, Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota tinggi.

Perkongsian ramai di Pahang

Menjengah di ruangan Twitter, rata-rata orang ramai mengemas kini mengenai keadaan semasa di tempat mereka terutamanya di Pahang.

Petang tadi, seorang pengguna bernama Jalal memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan dua orang pelajar menolak kereta Proton Persona semasa jalan tersebut dinaiki air.

Video tersebut menarik perhatian awam dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh dua pelajar terbabit.

Tidak lama kemudian, seorang remaja perempuan yang merupakan tuan empunya badan di dalam video itu hadir mengatakan kereta terbabit selalu rosak namun masih digunakan kerana ia milik arwah ayahnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Indera Mahkota selepas disahkan oleh pengguna yang lain.

Dalam pada itu, sekitar 8.20 malam tadi Kuantan masih lagi mengalami hujan lebat yang berterusan sehingga jalan raya dinaiki air.

Dalam perkongsian @khairulazizi75, pengguna itu mengemas kini keadaan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).

Pengguna @bxngpy turut membuat kompilasi kawasan yang dinaiki air di sekitar Kuantan setakat hari ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa penduduk yang mengalami sedikit tekanan dengan situasi banjir yang berlaku di Indera Mahkota seperti video yang dikongsikan oleh warganet @AtotheB___.

Menerusi perkongsian @hosneyadnan, air turut naik di jalan menuju ke Gugusan Felda Sungai Pancing dari Kem Batu 10.

Manakala di Seri Damai, ia turut dinaiki air ekoran dengan hujan lebat berterusan seperti yang ditunjukkan oleh pengguna Sham700 menerusi @bencanamalaysia.

Difahamkan, beberapa kawasan di Pahang kembali banjir susulan dengan hujan lebat berterusan sejak awal pagi pada Isnin.

Beberapa tempat pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas dengan banjir.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga dalam musim hujan ini.

Sumber: Twitter

The post Beberapa Kawasan Pahang Kembali Banjir, Warganet Kongsi Video Tunjuk Keadaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*