Bekas imam Masjidil Haram dipenjara 10 tahun kritik penganjuran konsert di Arab Saudi

Seorang bekas imam Masjidil Haram di kota suci Mekah dihukum penjara 10 tahun selepas didakwa mengkritik kerajaan Arab Saudi membenarkan penganjuran konsert atau perhimpunan sosial semasa beliau menyampaikan khutbah, lapof Khaleej Times, baru-baru ini.

Mahkamah Rayuan Jenayah Khusus di Riyadh menjatuhkan hukuman penjara tersebut terhadap Sheikh Saleh al-Talib.

Pihak berkuasa Arab Saudi mula-mula menahan Saleh pada 2018 dan tidak memberikan alasan untuk penahanannya, yang dibuat selepas dia menyampaikan khutbah mengkritik Penguasa Hiburan Am.

Badan kerajaan itu bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan Arab Saudi.

Beliau mengecam penganjuran konsert dan acara sosial yang menurutnya, melanggar norma agama dan budaya negara.

Imam itu mempunyai pengikut di seluruh dunia, dengan beribu-ribu ribuan menonton khutbah dan bacaan Al-Qurannya di laman YouTube.

Penahanannya berlaku ketika Putera Mahkota Mohammed Salman meneruskan usahan untuk meneraju reformasi masyarakat Arab Saudi dan mempelbagaikan ekonomi negara yang sebelum ini bergantung kepada sumber minyak.

Khaleej Online melaporkan bahawa dalam khutbahnya, Sheikh Saleh yang juga berkhidmat sebagai hakim di Makkah, mengejek percampuran lelaki dan wanita bukan mahram di konsert dan acara hiburan lain. – Agensi

BACA: Enggan Gugurkan Kandungan, Wanita Dibakar Suami Meninggal Dunia Selepas Kritikal 11 Hari

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*