Belanja Sehingga RM 70,000 Demi Nak ‘Jadi’ Anjing, Lelaki Bimbang Dianggap Aneh & Pelik

Lelaki Jepun Sanggup Belanja 16,000 Dolar Untuk Menjadi Seperti Anjing Sebenar

Pernahkah anda terfikir dan ingin merasai sendiri pengalaman bagaimanakah seekor haiwan peliharaan menjalani kehidupan sehariannya?

Jika ya, anda mungkin mempunyai persamaan dengan Toco, pemuda berasal dari Jepun ini. Bezanya, lelaki ini benar-benar serius dan obsesnya kini menjadi perhatian orang ramai melalui video-video yang dimuat naik di Youtube.

Semuanya bermula apabila Toco memiliki keingininan yang sangat mendalam untuk menjadi seperti seekor anjing. Demi memenuhi hasratnya, Toco sanggup membelanjakan kira-kira US$16,000 (RM70,422) untuk memiliki kostum anjing bersaiz manusia. Kini, dia kerap menghabiskan masanya dengan menyarung kostum tersebut.

Mahu berkongsi apa yang dilaluinya, Toco mula memuatnaik video yang menampilkan gerak gerinya yang menyerupai haiwan bertaring itu di Youtube sejak beberapa bulan lalu.

Kini, halaman Youtube tersebut dipenuhi dengan beberapa video dirinya yang mengenakan kostum anjing yang menyerupai baka Collie. Selain itu, video berkenaan turut menunjukkan tingkah laku Toco yang benar-benar beradaptasi sebagai anjing seperti berjalan dengan menggunakan ’empat kaki’ dan memakan ‘makanan anjing’.

Kebimbangan Toco mengenai hobi anehnya

Selepas saluran Youtube miliknya meraih lebih dari 12,000 subscribers, Toco bagaimanapun mula dihimpit rasa bimbang berkenaan apa yang difikirkan oleh orang lain mengenai hobi anehnya.

Menurut portal berita Mirror UK, Toco mengakui bahawa dia tidak mendedahkan hobi tersebut kepada orang ramai dan tidak berkongsi secara terperinci tentang keanehan tersebut dengan ahli keluarga serta rakan terdekat.

Katanya lagi, dia tidak mahu dianggap pelik kerana mempunyai keinginan untuk menjadi anjing.

“Saya jarang memberitahu perkara ini kepada rakan saya sebab takut mereka fikir saya seorang yang pelik. Rakan-rakan dan keluarga saya kelihatan sangat terkejut ketika mereka mengetahui hasrat saya ingin menjadi seperti haiwan,” katanya.

Toco turut menyedari bahawa hobinya bukanlah suatu perkara normal dan diterima masyarakat, namun katanya dia gembira melakukan semua itu.

“Sejak kecil lagi, saya memiliki fantasi untuk menjadi seperti haiwan. Saya tertanya jika perasaan ini adalah keinginan untuk saya berubah,” jelasnya.

Jelas sekali, keinginannya untuk menjadi anjing telah membuatkan dirinya mempelajari cara untuk melakukan sesuatu perkara seperti seekor anjing.

Sebagai contoh dia belajar untuk berjalan dengan empat kaki, meminta manusia untuk menggosok perutnya, berbaring di buaian dengan cara yang dilakukan oleh anjing, dan juga berjalan di luar rumah dengan kostum anjingnya.

Untuk makluman, kostum anjing tersebut telah memakan kos yang besar dan mengambil masa 40 hari untuk siap.

Seorang wakil daripada syarikat Zeppet (sebuah syarikat yang terlibat dalam pembikinan model dan arca bagi produksi filem) berkata,  pasukannya perlu mengkaji struktur rangka anjing sebelum menghasilkan hasil rekaan terakhir kostum tersebut.

Justeru, kostum anjing dan tingkah laku Toco yang cukup meyakinkan telah menarik perhatian sekumpulan peminat atas talian.

Ramai peminatnya menggelarkan hobi tersebut “sangat memberi inspirasi” dan galakan untuk orang lain yang juga ingin kelihatan, berkelakuan serta berubah sepenuhnya menjadi seekor haiwan.

“Saya sangat gembira untuk awak! Seronok untuk melihat awak dapat memenuhi impian awak,” tulis salah satu komen dalam saluran Youtubenya.

“Gaya berjalan awak semakin baik dan awak sangat comel!”

“Terus hasilkan video-video ini, saya harap saya dapat lakukan seperti ini, arf arf!” tulis satu komen lagi.

Sumber: Mashable

The post Belanja Sehingga RM 70,000 Demi Nak ‘Jadi’ Anjing, Lelaki Bimbang Dianggap Aneh & Pelik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*