Benam West Ham 3-1, Man United Tempah Tiket Ke Suku Akhir

Benam West Ham 3-1, Man United Tempat Tiket Ke Suku Akhir

Jaringan kemenangan pada minit akhir menentang West Ham telah mengubah nasib Manchester United sekali gus melayakkan mereka untuk mara ke suku akhir Piala FA, lapor EuroSport.

Perlawanan yang berlangsung di Old Trafford dikuasai oleh pasukan kendalian Erik Ten Hag dengan keputusan 3-1 yang berlangsung pagi tadi.

Imbas kembali, aksi yang didahului oleh pasukan West Ham pada separuh minit kedua melalui sepakan lencongan daripada Benrahma pada minit ke-54.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi West Ham apabila pada minit ke- 77 perlawanan, tandukan daripada pertahanan, Nayef Aguerd dalam sepakan sudut pasukan United telah menyamakan kedudukan 1-1.

Tidak berakhir di situ, The Red Devil sekali lagi menjarakkan mata dengan rembatan kaki kanan daripada pemain muda Alejandro Garnacho pada minit ke-90 perlawanan.

Man United Ke Suku Akhir

Namun, United terus membara menerusi pemain tengah, Fred apabila bijak mencuri peluang ekoran daripada kelemahan benteng pertahanan West Ham. Kesilapan itu sekali gus membawa gol ketiga The Reds Devil pada minit ke-5 masa tambahan (90+5).

Keputusan 3-1 ke atas West Ham membuatkan United kembali mendapat rentak permainan yang betul susulan menjuarai Piala Carabao baru-baru ini.

Untuk perlawanan seterusnya dalam Liga Perdana (EPL), West Ham dijadualkan bertandang ke The American Express Community Stadium pada Sabtu jam 11 malam, waktu tempatan.

Sementara Manchester Unitted akan bertemu Liverpool pada 6 Mac, 12:30 pagi, waktu tempatan yang berlangsung di stadium Anfield.

United Tempah Tempat Ke Suku Akhir
Kredit: LINDSEY PARNABY/AFP

Momentum The Red Devils Diteruskan

Terdahulu, pasukan kendalian Ten Hag telah memenangi Piala Carabao hanya tiga hari sebelum perlawanan ini berlangsung.

Malah, The United juga telah menewaskan Barcelona beberapa hari sebelum pertembungannya dengan Newcastle untuk merebut Piala Carabao.

Tidak dinafikan, United mara dengan perlawanan besar dengan corak yang begitu pantas, susulan itu, The Red Devil sekali lagi mengharapkan mereka mendapat nasib yang sama dalam aksi menentang Liverpool pada Ahad.

Manakala perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Europa menentang Real Betis akan menyusul tiga hari kemudian (selepas menentang Liverpool).

Sumber: Eurosport

The post Benam West Ham 3-1, Man United Tempah Tiket Ke Suku Akhir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*