Berang disoal habiskan roti anak, suami bunuh isteri

LAGOS, NIGERIA – Pertengkaran sepasang suami isteri di Nigeria mengenai sebuku roti berakhir dengan tragedi apabila si suami bertindak membelasah isterinya sehingga mati, lapor akhbar Punch semalam.

Suspek yang dikenali sebagai Ndubisi Uwadiegwu, didakwa memukul mangsa, Ogochukwu Enene menggunakan cermin.

Anak pertama pasangan tersebut yang berusia 14 tahun berkata, bapa membelasah ibunya sehingga mati menggunakan cermin kerana mangsa meminta suspek membelikan roti.

Suspek bagaimanapun enggan memenuhi permintaan tersebut kerana mendakwa tidak mempunyai wang.

Tambah anak mereka, ibunya menggunakan wang sendiri bagi membeli sebuku roti untuk anak-anaknya namun, suspek telah memakan kesemua roti tersebut.

Apabila mangsa bertanya mengenai perkara itu, suspek mula berang dan membelasah mangsa sehingga meninggal dunia.

Meskipun ahli keluarga mangsa masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut, satu sumber rapat mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku di bandar Lagos.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut memiliki lima anak. – Agensi 

The post Berang disoal habiskan roti anak, suami bunuh isteri appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*