Berhalusinasi Sampai Lupa Warna, Kenali ‘White Torture’, Seksaan Psikologi Dipercayai Paling Dahsyat

 

‘White torture’ atau penyeksaan bilik putih merupakan satu bentuk penderaan psikologi yang dipercayai paling dahsyat pernah wujud dalam sejarah manusia.

Hal ini kerana penyeksaan tersebut mampu melumpuhkan pancaindera utama manusia iaitu melihat dan mendengar misalnya serta memisahkan diri dari dunia luar.

Bayangkan, anda berada dalam bilik kalis bunyi yang tiada warna, semua perabot di dalamnya hanya berwarna putih dan putihlah satu-satunya warna yang akan anda lihat.

Tidak hanya itu, anda tidak akan dibenarkan bercakap dengan sesiapa pun. Malah, makanan yang bakal anda makan hanyalah nasi putih.

Tahukah anda tindakan ini bakal menghalang deria-deria anda daripada berfungsi dengan baik? Tidakkah itu akan membuatkan anda gila? Ia pasti ‘memadamkan’ rasa dunia realiti dalam diri anda.

Siksaan Psikologi
Kredit: Quora

Sejarah bilik putih

Menurut Anthony Davenport, pada tahun 1970-an pengganas Jerman, Astrid Proll telah dipenjarakan di dalam penyeksaan bilik putih ini hampir lima bulan.

Sepanjang berada dalam bilik tersebut, dia didapati berhalusinasi sendiri, selain alami kelaparan, ketidakseimbangan badan, insomnia dan sawan.

Tambah Anthony lagi, selepas dia melawat bilik Proll, didapati Proll tidak mengetahui berapa lama dia sudah dikurung sama ada satu jam atau melebihi seminggu walaupun pada hakikatnya dia baru sahaja dikurung selama 30 minit.

Kes yang sama melibatkan pelajar Iran, Amir Fakhravar yang terperangkap dalam bilik yang sama hampir setahun.  Kesannya, selepas dibebaskan dia mengalami kemurungan yang kronik malah tidak dapat mengingati wajah kedua ibu bapanya.

Bayangkan sahaja anda terkurung dalam bilik putih selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, ia pasti bakal meninggalkan kesan negatif yang berkekalan dalam diri.

Anda hanya bersendirian ditemani diri sendiri, bercakap dengan diri sendiri malah tidak tahu berapa lama masa telah berlalu.

Bunyi yang kedengaran pula hanyalah degupan jantung dan nafas yang akan menyebabkan anda mula berhalusinasi sehingga ‘kehilangan’ diri sendiri.

Mendengar sahaja tidak sanggup apatah lagi jika anda perlu melaluinya bukan? Pasti ia menjadi kisah hitam yang bakal mengubah 360 darjah kehidupan anda.

Sumber: Quora

BACA: Longgokan Hiasan Ayat Al-Quran Ditemukan Di Tepi Jalan Di Nilai

The post Berhalusinasi Sampai Lupa Warna, Kenali ‘White Torture’, Seksaan Psikologi Dipercayai Paling Dahsyat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*