Bermaksud Tiada Tandingan, Nama Pelé Diabadikan Dalam Kamus

Nama Pelé Kamus

Bermaksud Tiada Tandingan, Nama Pelé Diabadikan Dalam Kamus

Kamus Michealis, iaitu antara kamus bahasa Portugis yang paling popular di Brazil menambah perkataan “Pelé” sebagai kata adjektif baharu.

Penerbit kamus berkenaan berkataa, nama legenda bola sepak Brazil itu diabadikan dalam kamus edisi digitalnya serta-merta dan diikuti edisi cetak selepas ini. Pelé dalam kamus itu membawa maksud unik, luar biasa dan tiada tandingan.

Dalam entrinya, Pelé dianggap banyak pihak sebagai atlet terhebat sepanjang zaman, luar biasa, tiada tandingan dan unik.

Keputusan itu dibuat selepas kempen digerakkan oleh Yayasan Pelé berjaya memperoleh 125,000 tandangan bagi menghormati jasa mendiang.

Nama Pelé diabadikan dalam kamus bahasa Portugis Brazil

Pelé, yang merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang merangkul tiga gelaran Piala Dunia meninggal dunia pada usia 82 tahun, Disember lepas.

Menurut BBC, Pelé menderita masalah buah pinggang serta prostat dan pernah menjalani pembedahan membuang tumor dari kolonnya pada 2021.

Sepanjang kariernya selama dua dekad, Pelé mencatatkan rekod jaringan sebanyak 1,281 gol bersama Santos, pasukan kebangsaan dan New York Cosmos.

Yayasa Pelé dalam responnya terhadap berita gembira itu berkata, pengumuman itu sebagai pengabadian yang tepat buat sang raja bola sepak.

Presiden FIFA Ingin Setiap Negara Letak Nama Pele Pada Stadium Tanda Penghormatan

Terdahulu, Presiden FIFA, Gianni Infantino bercadang untuk meminta setiap negara menamakan sebuah stadium bola sepak dengan nama Pele sebagai tanda penghormatan kepada legenda tersebut.

”Kami akan meminta setiap negara di dunia menamakan salah satu stadium bola sepak mereka dengan nama Pelé.”

Tambahnya, ia adalah penting untuk generasi muda dan lebih baharu mengetahui tentang Pelé. Ia juga untuk membantu mereka mengingati banyak pencapaian dan sumbangan Pelé bukan sahaja dalam bola sepak tetapi masyarakat dan budaya.

Walaupun ia dianggap sebagai usaha murni dalam memberikan penghargaan kepada Raja Bola Sepak itu, namun perkara berkenaan mungkin mustahil untuk dilakukan.

Ini kerana banyak proses yang perlu dipertimbangkan selain membabitkan banyak pihak berkepentingan. Apatah lagi menamakan sesebuah stadium dengan nama individu asing adalah suatu perkara yang luar biasa dan mungkin tidak akan diterima dengan baik oleh warga tempatan.

BACA: Presiden FIFA Cadangkan Semua Negara Jadikan Pele Nama Stadium

Sumber: BBC

The post Bermaksud Tiada Tandingan, Nama Pelé Diabadikan Dalam Kamus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*