Bersatu Fail Semakan Kehakiman Cabar Keputusan SPRM Beku Akaun

akaun bersatu sprm

Bersatu Fail Semakan Kehakiman Cabar Keputusan SPRM Beku Akaun

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan.

Permohonan itu difailkan peguam Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pihak parti di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Co dan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan 19 individu lain selaku responden pertama hingga ke-20.

Mereka mendakwa keputusan membekukan akaun bank itu dilakukan dengan niat jahat.

Mereka juga mendakwa suruhanjaya itu telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menjalankan pendakwaan politik terpilih terhadap kepimpinan Bersatu, Perikatan Nasional (PN) atau Muhyiddin.

Mereka juga memohon perisytiharan mahkamah terhadap SPRM bahawa suruhanjaya itu tidak boleh mengikut arahan pemimpin parti pemerintah yang berada dalam kerajaan atau mengikut arahan perdana menteri dan/atau timbalan perdana menteri dengan meminta pegawai SPRM memulakan siasatan terhadap Bersatu, menyebabkan keluarnya perintah pembekuan yang didakwa salah.

Menurut dokumen mahkamah, presiden Bersatu itu juga memohon perintah interim membolehkan beliau bergerak bebas dan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa sekatan.

Muhyiddin dijadual berangkat ke London pada 14 dan 15 April ini sebagai penceramah ucaptama persidangan tahunan pertama Global Council for Political Renewal (GCPR).

Menurut permohonan itu, imigresen baru-baru ini telah mengenakan larangan perjalanan ke atas Muhyiddin ‘secara tidak sah tanpa sebarang alasan yang munasabah’ dan tanpa diserahkan notis rasmi.

“Pemohon (Muhyiddin) mendakwa terdapat usaha untuk menuduh atau mengaitkan beliau atau Bersatu dengan rasuah dan salah guna kuasa.

BACA: Kereta Polis Masuk Perkarangan Kediaman Muhyiddin Yassin Pagi Ini

Sumber: Bernama

The post Bersatu Fail Semakan Kehakiman Cabar Keputusan SPRM Beku Akaun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*