Bertuah, Nelayan Temui Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus Bernilai Hampir RM400k

nelayan muntah ikan paus

Bertuah, Nelayan Temui Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus Bernilai Hampir RM400k

Seorang nelayan tak sangka mendapat durian runtuh selepas terjumpa muntah ikan paus yang jarang ditemui seberat tiga kilogram semasa bersiar-siar di pantai di Rayong, Thailand.

Jika ia benar merupakan muntah ikan paus, harga bagi penemuan tersebut mungkin boleh mencecah sehingga 3 juta baht (RM392k).

Muntah ikan paus atau ambergris ialah bahan yang jarang dijumpai dan berharga yang mampu dihasilkan dalam sistem pencernaan beberapa spesies ikan paus.

Ambergris merupakan bahan berlilin dalam bentuk pepejal yang dimuntahkan oleh ikan paus.

Ambergris mungkin agak berbau seperti najis sewaktu ia baru sahaja dikeluarkan, namun terdapat laporan bahawa ia akan menghasilkan bau yang unik dan menyenangkan apabila terdampar di pantai dan kering terutamanya jika ia kering di bawah sinaran matahari.

Bahan itu sering digunakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan minyak wangi yang mahal dan menjadikan baunya bertahan lebih lama.

Oleh kerana ia susah dan jarang untuk ditemui, bahan itu dijual dengan harga yang sangat tinggi di dalam pasaran.

Seorang nelayan bernama Chuwit Senanoi, 36, merupakan antara orang yang bertuah kerana menjumpai ambergris tersebut.

Chuwit pada awalnya sedang mencari udang dan ketam di pantai di mukim Pak Nam Prasae dan secara tidak sengaja telah menemui muntah tersebut pada Ahad lalu.

Menurut Chuwit, dia sedang berjalan di pantai sewaktu menemui lima ketul ambergris yang bertaburan di atas pasir berhampiran Memorial HTMS Prasae.

BACA: Ikan Paus Sperma Ditemui Terdampar Di Bali

Chuwit berkata, dia mengenali objek itu kerana pernah melihatnya pada sebelum ini di laporan berita.

Dilihat dari mata kasar, penemuan Chuwit kelihatan seperti ambergris yang berkualiti tinggi.

Bagaimanapun, dia sedang menunggu pakar untuk mengesahkan sama ada penemuan tersebut adalah benar-benar asli muntah paus yang berkualiti.

Sebaik sahaja dia mendapatkan bukti keaslian penemuan tersebut, dia bercadang untuk menjualnya dengan segera.

Jika penemuan tersebut diklasifikasikan sebagai ambergris Gred A, ia boleh dijual sehingga 1 juta baht sekilo.

Pada tahun 2020, seorang lelaki dari Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand mendapat durian runtuh setelah menemui 100 kilogram ambergris di pantai.

Penemuan itu merupakan salah satu yang terbesar pernah ditemui. Ambergris itu direkodkan bernilai lebih 143 juta baht (RM18 juta).

Sumber: The Thaiger

The post Bertuah, Nelayan Temui Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus Bernilai Hampir RM400k appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*