Beza usia 10 tahun, cinta Billie Eilish ditentang

HUBUNGAN cinta antara penyanyi Billie Eilish dan juga kekasihnya, Jesse Rutherford diketahui tidak mendapat restu daripada peminat kerana perbezaan usia mereka yang dikatakan terlalu jauh.

Bahkan peminat penyanyi muda berusia 21 tahun itu menyindir Eilish bercinta dengan seorang ‘lelaki tua’ walaupun Rurherford berumur 31 tahun.

Enggan berdiam diri, kakak kepada Eilish, Finneas kemudiannya tampil mempertahankan adiknya apabila memberitahu dia tidak kisah jika penyanyi itu bercinta dengan lelaki yang dikatakan terlalu ‘berusia’.

“Saya tidak kisah. Apa yang penting adik saya bahagia dan gembira. Dia sekarang berusia 21 tahun dan sudah dianggap dewasa untuk menentukan kehidupannya sendiri,” ujar Finneas.

Eilish yang terkenal menerusi lagu Bad Guy diketahui menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan The Neighbourhood itu sejak Oktober lalu selepas kedua-duanya dirakam saat makan malam bersama.

The post Beza usia 10 tahun, cinta Billie Eilish ditentang appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*