BILA WAJAH ALYAH DISAMAKAN DENGAN IRA KAZAR – INI REAKSI TUAN BADAN

Penyanyi Datin Alyah baru-baru ini telah memuat naik video di TikTok dimana isteri kepada Datuk Ramli MS itu meminta netizen berhenti mengatakan wajahnya seperti orang lain.

Menerusi video tersebut, Alyah berkata, meskipun dalam dunia ini ada 7 orang wajah seiras, namun tidak perlu beritahu tentang hal tersebut dalam setiap perkongsiannya.

“Setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama. Kalau ikutkan saya ni dah tua dah, lahir tahun 81. Terpaksa pula ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu,” ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian Alyah itu telah menarik perhatian ramai. Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, namun rata-rata netizen mengaitkan wajah Alyah sama seperti isteri kedua pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengakui pada awalnya mereka sangkakan Ira Kazar dalam video berkenaan. Namun, ada yang mengatakan, Alyah lebih cantik daripada individu yang diperkatakan itu.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*