Bilik hotel paling mahal RM440,350 satu malam

LAS VEGAS, Nevada – Sebuah hotel di Las Vegas dianggap paling mahal di dunia kerana mengenakan bayaran AS$100,000 (RM440,350) untuk penginapan satu malam, lapor portal berita Daily Mirror kelmarin.

Bilik suite itu mempunyai keluasan 836 meter persegi dan memiliki pelbagai kemudahan seperti pawagam peribadi, bar 13 tempat duduk, ruang istirahat yang cukup besar untuk lebih 50 tetamu serta ruang makan di The Empathy Suite, The Palms Casino Resort.

Ia direka oleh Damien Hirst iaitu seorang artis seni British terkenal yang menggunakan berlian pada karyanya.

Salah satu karya seni artis berkenaan terdapat di dalam bilik tersebut yang berbentuk sebuah tangki gergasi dengan dua ekor ikan jerung tergantung di dalamnya.

Bagaimanapun, segelintir orang yang berkemampuan sebenarnya boleh tinggal secara percuma di suite itu tetapi perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai kad kredit dengan had melebihi AS$1 juta (RM4.40 juta). – Agensi

The post Bilik hotel paling mahal RM440,350 satu malam appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*