BN tarik sokongan, kerajaan Sabah tumbang

PETALING JAYA – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah secara rasmi membuat keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas mengadakan mesyuarat parti tersebut malam ini.

Katanya, Hajiji telah melanggar perjanjian persefahaman yang dibentuk di bawah kerajaan negeri Sabah.

“Hajiji telah mengugut kita (BN Sabah) tanpa berbincang, tanpa berunding dan sebagainya.

“Kami sebulat suara UMNO serta BN Sabah menarik diri, menarik sokongan kepada Hajiji Noor selaku Ketua Menteri,” katanya.

Tambahnya lagi, Hajiji juga tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi Ketua Menteri bagi mentadbir negeri itu.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada September 2020 berjaya membentuk kerajaan baharu dengan majoriti tipis apabila memperoleh 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

GRS ketika itu disokong BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya menewaskan gabungan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus yang memperoleh 32 kerusi DUN.

Parti yang bertanding perlu memperoleh sekurang-kurangnya 37 kerusi untuk menang dengan majoriti mudah dan membentuk kerajaan.. -KOSMO! ONLINE.

The post BN tarik sokongan, kerajaan Sabah tumbang appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*