Bomba selamatkan lelaki cuba terjun jambatan

LUMUT: Kepintaran memujuk dan tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada terjun dari jambatan di Sungai Sitiawan dipercayai mahu membunuh diri di sini hari ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 malam yang memaklumkan terdapat seorang lelaki duduk di atas jambatan merintangi Sungai Sitiawan di Jalan Seri Manjung-Pantai Remis.

Sehubungan itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan segera ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, didapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai cuba untuk terjun dari jambatan itu yang dianggarkan mempunyai ketinggian 20 meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba kemudian berinteraksi dan memujuk mangsa yang mengambil masa kira-kira 20 minit agar dia tidak berbuat demikian.

Katanya, tidak lama selepas itu, anggota bertindak pantas menarik lelaki itu dengan cara memeluknya dari belakang sebelum menurunkan lelaki itu dari tembok jambatan tersebut.

Katanya, selepas berjaya berbuat demikian, lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Johari Tomin itu berjaya diselesaikan pada pukul 7.28 malam. – UTUSAN

The post Bomba selamatkan lelaki cuba terjun jambatan appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*