Bot AI ChatGPT Dilapor Lulus Dalam Peperiksaan Pelesenan Perubatan Amerika Syarikat

Bot AI ChatGPT Dilapor Lulus Dalam Peperiksaan Pelesenan Perubatan Amerika Syarikat

WASHINGTON — Bot AI ChatGPT dilaporkan telah lulus Peperiksaan Pelesenan Perubatan di Amerika Syarikat (USMLE) baru-baru ini.

Memetik Entrepreneur India, sistem ini telah direka oleh seorang profesor dari University of Pennsylvania, Wharton. Ia telah ditetapkan dengan gred B- dan B sebagai penanda aras untuk lulus peperiksaan.

Difahamkan, ChatGPT dapat menjalankan tugas dengan baik dalam asas operasi pengurusan dan proses analisis soalan termasuk kajian kes. Ia juga dapat mengubah jawapannya sesuai dengan respon yang diberikan oleh manusia.

Sistem ini merupakan satu langkah dalam mengubah cara pendidikan di negara tersebut.

Tambahan lagi, ChatGPT yang dibangunkan ini membuatkan orang ramai turut terpegun dalam USMLE.

Untuk pengetahuan, USMLE mempunyai tiga tahap untuk pelbagai peringkat profesion perubatan dan ia juga menawarkan pandangan tentang kaedah yang dipelajari bagi mendapatkan jawapan.

BACA JUGA: Mampu Jawab ‘Semua’ Soalan Manusia, Kenali ChatGPT, AI Yang Diramal Bakal Ganti Google Nanti

Pada bulan lalu, hasil semakan kertas pertama menunjukkan bahawa ChatGPT mencapai ketepatan melebihi 50 peratus dalam semua ujian peperiksaan.

Dalam pada itu, para penyelidik turut berpendapat bahawa gerak kerja yang dilakukan oleh ChatGPT juga menunjukkan tahap kesesuaian dan pandangan yang tinggi dalam penjelasan (jawapan).

Ia dilihat berpotensi untuk membantu dalam sistem pendidikan perubatan dan membuat keputusan yang klinikal.

Bagi menguji keberkesanan Bot AI ChatGPT, para penyelidik telah menjalankan 376 ujian yang diambil daripada sampel soalan peperiksaan pada Jun 2022.

Hasil semakan juga mendapati sistem ini memastikan setiap jawapan, penjelasan atau kandungan tidak mempunyai kaitan atau diambil daripada Google sehingga 1 Januari 2022.

Sehingga kini, syarikat OpenAI menjelaskan bahawa sistem tersebut telah dikemaskini sehingga tahun 2021.

Terdahulu, Bot AI ChatGPT turut lulus dalam peperiksaan undang-undang di Amerika Syarikat.

Dalam bidang undang-undang, sistem ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) berdasarkan prompt ringkas malah dibangunkan oleh syarikat yang sama OpenAI  menerusi dana Microsoft.

Ia bertindak dalam menulis esei mengenai undang-undang perlembagaan berhubung cukai dan pelanggaran hak.

Sumber: Entrepreneur India

BACA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

The post Bot AI ChatGPT Dilapor Lulus Dalam Peperiksaan Pelesenan Perubatan Amerika Syarikat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*