Bot Karam Di Itali: Sekurang-kurangnya 60 Terkorban

Bot Karam Itali: Sekurang-kurangnya 60 Terkorban

Bot Karam Di Itali: Sekurang-kurangnya 60 Terkorban

Sekurang-kurangnya 60 orang dilapor maut dalam kejadian bot karam yang berlaku di Crotone, di Calabria, Itali semalam, memetik laporan The Mirror.

Menurut penyelamat pantai, mereka melihat sekurang-kurangnya 30 mayat selepas bot yang membawa kira-kira 250 orang pendatang itu pecah dalam laut bergelora di luar pantai selatan Itali.

Sementara itu media tempatan melaporkan bahawa pencarian mangsa yang terselamat masih diteruskan, malah sekitar 80 orang (mangsa hidup) telah ditemui setakat ini.

Difahamkan, jumlah kematian telah meningkat daripada 27 kepada 60 dalam beberapa jam ketika pengawal pantai menyelusuri ombak untuk mencari mangsa.

Walaupun lokasi pelepasan bot tersebut belum didedahkan, kapal yang membawa pendatang Calabria biasanya menaiki bot dari Turki atau Mesir.

Dalam artikel sebelum ini, seramai 43 pendatang asing termasuk seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan maut manakala beberapa lagi golongan kanak-kanak dikesan terlibat dalam insiden yang sama.

Bot Karam Itali: Sekurang-kurangnya 60 Terkorban
Kredit: Shutterstock via The Mirror

Baca juga: 43 Orang Termasuk Bayi Maut Dalam Kejadian Bot Karam

Komited dalam menghalang perkara yang sama daripada berulang

Dalam kesempatan yang sama, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menyatakan kesedihan yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkesan.

Tambahan lagi, beiau menyeru agar ‘penghijrahan manusia’ melalui jalan laut yang tidak teratur diberhentikan segera untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berlaku.

“Kerajaan komited untuk menghalang pergerakan (migran) bagi mengelakkan insiden yang sama berulang malah, pihak kami akan menuntut kerjasama maksimum dari negara (pendatang) berlepas atau asal,” katanya dalam satu kenyataan.

Bot Karam Itali: Sekurang-kurangnya 60 Terkorban
Kredit: Shutterstock via The Mirror

“Tiada sesiapa yang membuat perjalanan itu untuk keseronokan”

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa pelarian terpaksa membuat lintasan laut berbahaya untuk mencari tempat perlindungan di Eropah.

Sebelum ini, telah dimaklumkan bahawa laluan tersebut kurang selamat untuk dilalui kerana pada tahun 2019 sekurang-kurangnya 47 nyawa telah terkorban di situ.

“Saya tidak pernah mendengar daripada sesiapa bahawa dia tidak trauma dengan pengalaman itu. Di atas bot saya dapat rasakan ramai orang takut.

“Sesetengah orang menangis, ada yang menjerit. Malah bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pengalaman itu boleh dikatakan mengerikan. Tiada sesiapa yang membuat perjalanan itu untuk keseronokan,” kata seorang pelarian.

 

Sumber: The Mirror

The post Bot Karam Di Itali: Sekurang-kurangnya 60 Terkorban appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*