“Bro, Jangan Buat Macam Ini,” Pilot Perjelas Bahaya Suluh Laser Tepat Ke Pesawat, Boleh Buta

bahaya suluh laser pesawat

“Bro, Jangan Buat Macam Ini,” Pilot Perjelas Bahaya Suluh Laser Tepat Ke Pesawat, Boleh Buta

Penggunaan laser kebiasaannya dilihat pada konsert-konsert besar untuk menambah ‘seri’ dalam setiap persembahan yang dilakukan oleh artis supaya terlihat rancak dan gempak.

Namun laser tersebut adalah bersesuaian dengan ketetapan yang dibuat yang tidak membahayakan kesihatan atau pemandangan mata.

Pun begitu, pancaran laser secara langsung ke arah mata boleh memberi impak buruk yang memberi kesan seumur hidup.

Sebenarnya, bukan mata sahaja yang tidak boleh terkena dengan pancaran laser, malah pesawat atau kapal terbang juga antara yang tergolong.

BACA: Abang Tukang Kongsi Cara Pasang Penyangkut Baju Guna ‘Laser’, Lagi Tepat Nak ‘Marking’

Individu tidak bertanggung suluh laser pada pesawat

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan dengan individu tidak dikenal pasti di satu lokasi di Shah Alam yang didakwa membuat pancaran laser tepat kepada kapal terbang.

Seorang lelaki (@mrturboprop) yang dipercayai juruterbang merakamkan detik tersebut dan bertindak memuat naik video di TikTok untuk meningkatkan kesedaran mengenai keburukan laser buat pesawat.

Dalam rakaman klip tersebut, dia menerangkan akibat perbuatan individu tersebut yang boleh memberi impak fatal kepada krew kabin dan penumpang.

Perbuatan itu jelas memberi gangguan kepada juruterbang walaupun pancaran laser itu disuluh pada jarak yang jauh.

Kejadian berlaku pada waktu malam di mana pancaran laser berwarna hijau jelas kelihatan dalam klip hingga mengganggu penerbangan yang ingin membuat pendaratan di lapangan terbang berdekatan.

“Boleh menjadi buta…”

Menurut lelaki itu, semasa pendaratan lampu di dalam kokpit pesawat perlu dimalapkan pada waktu malam, hal ini kerana untuk mengimbangi cahaya kegelapan di luar.

Sekiranya sinaran laser itu memancar tepat ke arah kapal terbang secara tidak langsung ia menggugat keselamatan para penumpang selain berisiko membawa maut.

Katanya, pancaran itu boleh menyebabkan seseorang menjadi buta sekiranya disuluh tepat pada mata.

“Untuk pengetahuan, masa landing malam, lampu kokpit akan dimalapkan, supaya kita boleh laraskan mata dengan kegelapan di luar.

“Kalau aim tepat kena mata, boleh silau, bahayakan keselamatan pesawat.

“Kalau high powered laser terus buta kami (juruterbang),” jelasnya.

Tiga akibat sekiranya laser disuluh pada ketinggian berbeza

Kredit: Kementerian Perhubungan Awam Indonesia

Memetik Kementerian Perhubungan Awam Indonesia (@djpu_151), pancaran laser yang sengaja dipancarkan untuk mewujudkan gangguan akan membahayakan penerbangan pesawat.

Ia turut mengatakan pancaran itu boleh membuatkan juruterbang mengalami buta sementara jika terkena pada matanya.

Terdapat tiga akibat yang akan berlaku jika sinaran laser disuluh ke arah pesawat mengikut ketinggian.

“Pada ketinggian 106 meter, pancaran laser boleh menyebabkan juruterbang mengalami buta sementara.

Pada ketinggian 365 meter, pancaran laser boleh menyebabkan silau dan penglihatan juruterbang terjejas.

“Manakala pada ketinggian 1,127 meter, ia boleh menyebabkan juruterbang hilang tumpuan, seolah-olah objek bercahaya menghampiri pesawat,” tambahnya.

Oleh hal yang demikian, elakkan melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

@mrturboprop

Bro, jgn buat hal please. Lokasi: belakang taman Elmina #laser #danger #landing #pilotlife #edutok #learnontiktok #elmina

♬ original sound – MrTurboProp – MrTurboProp

Sumber: @mrturboprop/TikTok

The post “Bro, Jangan Buat Macam Ini,” Pilot Perjelas Bahaya Suluh Laser Tepat Ke Pesawat, Boleh Buta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*