Buat laporan polis gambar disalahguna, penampilan Baby Shima jadi perhatian

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima tampil membuat laporan polis terhadap pihak penganjur sebuah program kerana didakwa telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

Baby Shima berkata, dia terpaksa mengambil pendekatan tersebut berikutan sudah berkali-kali penganjur berkenaan dilihat mengambil kesempatan dengan menggunakan namanya dan foto bagi tujuan promosi.

“Saya telah membuat laporan polis kerana pihak penganjur telah menggunakan gambar saya sebanyak tiga kali. Kali pertama dan kedua, saya boleh maafkan. Tetapi, bila dah tiga kali, saya tak boleh berdiam diri,”ujarnya.

Katanya lagi, pihak penganjur telah memanipulasi orang ramai dengan menggunakan gambarnya untuk menarik perhatian datang ke program mereka.

“Pihak penganjur telah memanipulasi nama saya. Mungkin mereka juga mahu menjual tapak jualan di program tersebut dan untuk mendapatkan tajaan,”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama Nor Ashima Ramli memberitahu dia akan mengambil tindakan lebih berat sekiranya perkara tersebut berulang lagi. Dia berkata demikian ketika ditemui media di Balai Polis Mutiara Damansara, hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Tak ada baju lain ke nak pakai?
Bagaimanapun, penampilan Baby Shima sewaktu hadir ke balai polis mendapat perhatian ramai di mana mereka mengatakan ia adalah tidak sesuai dipakai. Di tambah pula, ia dikatakan tidak menghormati hari mulia iaitu Jumaat.

BACA: Wanita dakwa diperkosa hilang selepas buat laporan Polis

Sumber: Media Hiburan, Instagram @meloditv3

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*