Buat Sesi Suai Kenal Bersama Mak Cik Kantin, Ramai Suka Idea Luar Kotak

suai kenal mak cik kantin

Buat Sesi Suai Kenal Bersama Mak Cik Kantin, Ramai Suka Idea Luar Kotak

Sekiranya bercakap mengenai tempat menimba ilmu, perkara pertama yang paling diingati ramai ialah sekolah, di mana ia menyimpan beribu kenangan yang dicipta sama ada baik atau sebaliknya.

Buat sesetengah orang, sekolah kemungkinan dipanggil sebagai ‘safe place’, yang menjadi tempat keseronokan untuk bertemu dengan kawan baik dan menimba ilmu.

Tidak dinafikan ada juga segelintir sanggup melabelkan sekolah dengan sesuatu yang tidak baik kerana banyak kenangan buruk pernah dihadapi mereka.

Namun, semuanya bergantung kepada individu masing-masing, bagaimana mereka mencorakkan kehidupan semasa di zaman persekolahan.

Selain daripada guru, jangan dilupakan juga insan-insan lain yang turut sama memainkan peranan penting terhadap sesi persekolahan para pelajar.

Antara insan lain yang bukan ‘watak utama’ tetapi menjadi tulang belakang sekolah ialah seperti penjual / petugas kantin, pekerja pembersihan, tukang kebun, pengawal dan lain-lain.

Jika diimbas kembali pada zaman kita bersekolah rendah dahulu, biasanya penjual di kantin hanya dianggap ‘watak sampingan’ yang digelar sebagai ‘makcik’ atau ‘pakcik’.

Namun pada hari ini, seiring dengan peredaran zaman, wujud satu pendekatan baharu yang telah berjaya mengubah landskap sosial dalam dunia kantin itu sendiri.

Siapa sangka, hari ini makcik kantin juga layak naik ke pentas untuk sesi suai kenal bersama para pelajar agar sentiasa dikenali dan mudah diingati ramai?

Orientasi paling rare, majlis suai kenal bersama makcik kantin

Baru-baru ini tular di media sosial, video sekumpulan makcik kantin memegang sepanduk yang tertera nama masing-masing terpampang di kertas itu.

Video yang dimuat naik ckzlinazali itu mendapat perhatian ramai susulan pendekatan baharu yang dikenalkan dapat membantu pelajar sekolah mengenali antara satu sama lain.

BACA: Budak Lain Tak Sabar Tunggu Rehat Nak Makan, Tapi Dia Tak Sabar Nak Tolong Mak Cik Dekat Kantin

“Minggu ni ice breaking makcik kantin pun murid kena kenal kot tertukar dengan cikgu..semua gojes-gojes,” memetik kapsyen video, disusuli nada gelak ketawa.

Gambar: video TikTok

Dalam video itu, jelas kelihatan seorang demi seorang makcik kantin berjalan ke depan sambil membawakan kad nama masing-masing.

Melakukan aksi berjalan seakan model di karpet merah, nama-nama seperti Makcik Leha, Makcik N dan Makcik Pah mula menjadi perhatian para pelajar yang menyaksikannya.

Walaupun pada asalnya dilihat remeh, namun jika diingat kembali sewaktu zaman sekolah, mungkin ramai yang tidak kenal nama-nama makcik kantin mereka.

Justeru dengan pendekatan ini, secara tidak langsung ia mampu menghargai segenap lapisan yang berada di sekolah dengan cara mengingati nama mereka.

Selain itu, cara baharu ini juga membuatkan setiap watak yang berada di sekolah adalah ‘penting’ dalam proses menimba ilmu.

Bukan setakat mempelajari ilmu baharu, tetapi ia juga adalah tempat di mana nilai-nilai murni mula disemai khususnya mengingati mereka yang bersama dengan kita.

Selain daripada warga pendidik, insan lain yang berada di persekitarannya juga perlu dihargai agar rasa hormat, kasih sayang dan silaturahim itu mampu disemai dengan baik.

‘Bagus idea ini…’

Idea luar kotak tersebut rata-rata mendapat perhatian ramai kerana bagi mereka amat penting untuk mengetahui nama walaupun mereka bukan dalam golongan pendidik.

Menurut mereka, perkenalan ini membuatkan makcik kantin tersebut rasa dihargai oleh pelajar dan juga guru-guru.

“Bagus idea luar kotak, sekaligus menghargai segenap lapisan yang bergelar warga sekolah. Tahniah,” puji seorang warga maya.

“Bagusnya idea. Terbaik,” ujar pemberi komentar yang menggunakan nama Aunty Purple.

“Bagus betul. Tidak la budak-budak meremehkan mana-mana individu dalam sekolah,” kata seorang lagi warga maya bernama Puteri.

“Ni saya salute, depa buat suai kenal selain cikgu je sebab depa ni akan layan student nak beli apa, kena panggil nama baru betul,” tambah warga maya yang lain.

@ckzlinazali

minggu ni ice-braking makcik kantin pun murid kena kenal kot tertukar ngan cikgu..sume gojes gojes😅#bactoschool#2023#firstday

♬ bunyi asal – mariana – mariana

Sumber: ckzlinazali/Tiktok

The post Buat Sesi Suai Kenal Bersama Mak Cik Kantin, Ramai Suka Idea Luar Kotak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*