Budak 11 Tahun Sesak Nafas & Pening Lepas Termakan Biskut Dicampur Ganja

kanak-kanak biskut ganja

Budak 11 Tahun Sesak Nafas & Pening Lepas Termakan Biskut Dicampur Ganja

IPOH — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya selepas dipercayai termakan biskut mengandungi ganja di Lawin, Gerik semalam.

Difahamkam, biskut berkenaan dipercayai telah dibuat oleh bapanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada pihak Perubatan Kesihatan Lawin berhubung kejadian sekitar jam 10.26 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah termakan biskut yang disyaki dicampur dengan ganja yang menyebabkan dia mengalami simptom sesak nafas, pening kepala dan loya.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bapa Positif Dadah

Jelas Yusri, saringan ujian awal air kencing mendapati suspek berusia 38 tahun positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC).

Suspek telah direman mulai 30 Mei 2023 hingga 3 Jun 2023 untuk siasatan lanjut. Kes itu telah disiasat di bawah Seksyen3(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA JUGA: Thailand Membenarkan Rakyatnya Hisap Ganja Di Rumah

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengambil iktibar agar kejadian ini tidak berulang.

Pihaknya juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

“Justeru, PDRM Perak menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Ia agar tindakan pembanterasan dapat terus dipertingkatkan bagi memastikan negeri Perak bebas daripada jenayah ini,” maklumnya lagi.

Pelajar Maut Kunyah Gula-Gula Ganja

Terdahulu, seorang pelajar jurusan undang-undang dilaporkan maut selepas memakan gula-gula manis dipercayai mengandungi ganja, lapor BBC.

Difahamkan, wanita berusia 23 tahun dari Ilford, London pada awalnya membeli gula-gula itu dalam talian daripada seorang individu.

Setelah memakan manisan itu, dia secara tiba-tiba berasa tidak sihat sebelum paramedik dan polis dikejarkan ke rumahnya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Sementara itu, rakannya turut berdepan situasi sama namun berjaya diselamatkan selepas menerima rawatan susulan.

Sumber: Polis Perak 

The post Budak 11 Tahun Sesak Nafas & Pening Lepas Termakan Biskut Dicampur Ganja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*