Budak 3 Tahun Raih Perhatian, Pandai Pandu Kereta Walau Tak Nampak Depan

budak 3 tahun pandu kereta

Budak 3 Tahun Raih Perhatian, Pandai Pandu Kereta Walau Tak Nampak Depan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi bualan ramai apabila video dia memandu sebuah kereta mewah meskipun hampir tidak dapat menekan pedal kereta tular di media sosial, lapor Oddity Central.

Kanak-kanak itu, Zayn Sofuoğlu, merupakan anak bongsu kepada pelumba motosikal Turki, Kenan Sofuoğlu.

Kanak-kanak tersebut menghabiskan sebahagian besar usia mudanya dengan motosikal berkuasa tinggi dan supercar.

Dia juga didakwa berkemungkinan mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding kebanyakan orang dewasa.

Memetik Oddity Central, bapanya pernah memegang rekod lima gelaran Juara Dunia Supersport.

Difahamkan, bapa Zayn mula menyiarkan video dia menunggang motosikal di perkarangan rumahnya ketika dia belum berusia dua tahun.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Sejak itu, kehebatannya itu telah mengasah kemahiran pemanduannya.

Kini, dia boleh memandu pelbagai kereta mewah dengan cekap walaupun dia tidak dapat melihat melalui cermin depan.

Zayn dikatakan sebagai seorang kanak-kanak istimewa kerana mampu melakukan perkara yang tidak diimpikan oleh kanak-kanak berusia 3 tahun yang lain.

Klip video tersebut dimuat naik oleh ibu bapanya di laman Instagram, yang menguruskan kesemua media sosialnya.

Budak 3 tahun pandu kereta

Menerusi video itu, dia telah menggunakan kamera GoPro yang dipautkan ke tablet di dalam kereta model Ferrari SF 90 Stradale untuk mengeluarkan supercar itu dari garaj.

Kemudian, Zayn dilihat mula memandu kenderaan di sekitar perkarangan rumahnya dengan begitu cekap sebelum memasukkan semula ke dalam garaj.

Ramai pemandu dewasa mungkin akan gugup untuk memandu kereta mewah buat kali pertama.

Terutamanya dalam kawasan yang kelihatan seperti ruang yang agak sempit, namun Zayn Sofuoğlu tidak terganggu sama sekali.

Dengan memandang tablet di dalam kereta dan bergelut untuk mencapai pedal, dia berjaya memandu Ferrari berwarna merah itu dengan mudah.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah bagaimana Zayn Sofuoğlu mempunyai hampir satu juta pengikut di Instagram sahaja.

Mendapat kecaman daripada pengguna media sosial

Pada tahun 2021, Kenan Sofuoğlu yang merupakan ahli Parlimen Turki dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), mendapat kecamanan kerana meletakkan anaknya dalam bahaya dengan membiarkannya menunggang motosikal dan supercar.

Malah, video yang dimuat naik baru-baru ini juga mendapat pelbagai komen negatif dari pengguna media sosial.

Bagaimanapun, keluarganya setakat ini tidak terkesan dengan kecaman-kecaman tersebut.

“Jika saya melakukan ini kepada anak saya, kerajaan akan mengambil dia daripada saya,” komen seorang pengguna laman Twitter.

Tidak dinafikan bahawa bakat memandu dan menunggang motosikal itu adalah turun-temurun dalam keluarga.

Namun, kontroversi yang berlaku itu juga boleh difahami oleh Zayn yang berusia tiga tahun itu, walaupun ibu bapanya sentiasa ada untuk memastikan tiada perkara serius yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zayn Sofuoğlu🇹🇷🇳🇱 (@zaynsofuoglu)

Sumber: Oddity Central

The post Budak 3 Tahun Raih Perhatian, Pandai Pandu Kereta Walau Tak Nampak Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*