Budak 4 Tahun Maut Dipercayai Ditembak Secara Tidak Sengaja

budak 4 tahun maut

Budak 4 Tahun Maut Dipercayai Ditembak Secara Tidak Sengaja

Amerika Syarikat –  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dipercayai maut selepas ditembak secara tidak sengaja oleh adiknya yang berusia 3 tahun di Texas pada ahad lalu.

Sheriff Harris County, Ed Gonzalez berkata kanak-kanak itu menggunakan pistol semiautomatik dalam kejadian tersebut.

“Tembakan ini disahkan sebagai tembakan yang tidak disengajakan.

“Kejadian ini sememangnya sangat tragis, ia disebabkan penggunaan senjata api yang diakses oleh kanak-kanak sehingga mencederakan orang lain,” katanya.

Difahamkan, pada hari kejadian lima ahli keluarga termasuk ibu bapa kanak-kanak itu berada di dalam apartmen mereka.

Ketika itu, ibu bapa kepada kedua kanak-kanak terbabit menyangka bahawa mereka sedang tidur.

Namun tidak lama kemudian, bunyi tembakan kedengaran dan mereka terus bergegas ke bilik tidur untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanapun, semuanya sudah terlambat kerana mangsa ditemui terbaring atas lantai dan sudah tidak bernyawa.

Menurut Ed, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih lagi dijalankan.

Sheriff Harris
Gambar: CNN

BACA: Budak Lelaki Enam Tahun Ditahan, Disyaki Tembak Guru Di Sekolah

Kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku, baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki di Virginia dilaporkan telah menembak guru sekolah rendahnya pada awal tahun ini.

Tembakan yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki itu berpunca daripada pertengkaran yang dialami di dalam kelas. Pun begitu, tiada pelajar yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, guru wanita yang berusia 30-an itu mengalami kecederaan serius yang mampu mengancam nyawa dan telah dibawa ke sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, terdapat sekurang-kurangnya 2,070 kejadian tembakan oleh kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang tidak disengajakan. Ia berlaku antara tahun 2015 dan 202o.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Everytown Research & Policy, ia mengakibatkan 765 kematian dan 1,366 kecederaan.

Dalam pada itu,  kertas kerja 2022 yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine menyatakan bahawa senjata api menjadi salah punca utama kematian dalam kalangan individu yang berumur dari satu hingga 19 tahun di AS.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: CNN 

The post Budak 4 Tahun Maut Dipercayai Ditembak Secara Tidak Sengaja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*