Budak Lelaki 10 Tahun Dilapor Jatuh Dalam Lubang Sedalam 35 Meter, Operasi Menyelamat Masih Berlangsung

Budak Lelaki Jatuh Lubang Sedalam 35 Meter

Budak Lelaki 10 Tahun Dilapor Jatuh Dalam Lubang Sedalam 35 Meter, Operasi Menyelamat Masih Berlangsung

HANOI —  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan terjatuh dalam satu lubang sedalam 35 meter di sebuah tapak pembinaan sejak dua hari lalu di wilayah selatan Dong Thap, Vietnam, lapor AFP.

Ratusan anggota penyelamat tempatan telah dikerahkan ke lokasi kejadian terpaksa bergelut dalam misi tersebut ekoran lebar tiang konkrit hanya 25 sentimeter.

Difahamkan, mangsa terjatuh ke dalam lubang batang tiang konkrit yang dibina untuk jambatan baharu sewaktu mencari besi buruk, maklum seorang penyelamat kepada AFP menerusi panggilan telefon.

“Kami cuba memberi segala yang terbaik. Kami belum lagi dapat menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai keadaan buruk yang menimpa kanak-kanak,” kata penyelamat itu yang dikenali sebagai Sau.

Dalam pada itu, menurut laporan media tempatan memaklumkan bahawa pasukan penyelamat telah cuba untuk menggerudi dan melembutkan tanah di sekeliling bagi menarik tiang berkenaan ke atas.

Menurut akhbar Vietnam ,Tuoi Tre memaklumkan bahawa mangsa dilaporkan telah berhenti berinteraksi walaupun oksigen sentiasa dipam ke dalam lubang tersebut.

Susulan itu, pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti keadaan semasa kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh pada hari ini meminta penyelamat khas peringkat persekutuan untuk terlibat sama dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Sumber: AFP

The post Budak Lelaki 10 Tahun Dilapor Jatuh Dalam Lubang Sedalam 35 Meter, Operasi Menyelamat Masih Berlangsung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*