Budak Perempuan 12 Tahun Disyaki Tikam Adik Hingga Maut

Kakak 12 Tahun Dipercayai Tikam Adik Berusia 9 Tahun

Budak Perempuan 12 Tahun Disyaki Tikam Adik Hingga Maut

OKLAHAMA — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai menikam adik lelakinya yang berusia sembilan tahun sehingga maut di blok 1000 ke-64 Selatan di selatan bandar itu pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Jabatan Polis Tulsa, Wendell Franklin, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.43 malam waktu tempatan. Susulan itu, pegawai perubatan dan anggota bomba Tulsa telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa telah ditikam dan pegawai perubatan telah menjalankan Bantuan Pernafasan (CPR) kepada mangsa.

“Ibu bapa kanak-kanak terbabit sedang tidur di tingkat atas sewaktu kejadian itu berlaku. Mereka hanya sedar selepas kakak mangsa berusia 12 tahun telah menikam adiknya yang berusia 9 tahun,” kata Polis Tulsa.

Susulan itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 pagi akibat mengalami kecederaan serius.

Tambah Wendell, beliau turut memaklumkan kejadian yang berlaku itu di media sosial. Suspek yang dirahsiakan butiran identiti kini telah ditahan dan dibawa ke Pusat Keluarga untuk pengadilan juvana.

Sehingga kini, motif pembunuhan masih belum dikenalpasti dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

Tiada sebarang pertuduhan difailkan ke atas mangsa berikutan masih di bawah umur.

Sumber: ABC News

The post Budak Perempuan 12 Tahun Disyaki Tikam Adik Hingga Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*