Bukan ‘Abang Airforce’ Sebenar, Kantoi Hingga Putus Tunang

kantoi bukan abang airforce

Bukan ‘Abang Airforce’ Sebenar, Kantoi Hingga Putus Tunang

Kejujuran merupakan salah satu perkara yang penting dalam rumah tangga. Jika pasangan tidak mampu berterus-terang dalam sesuatu perkara, ia akan mendatangkan masa kelak.

Perkara ini turut menyebabkan pasangan anda akan sentiasa mempersoalkan kebenaran kata-kata yang diucapkan. Walaupun ia agak meletihkan, ia adalah untuk memastikan pasangan tersebut tidak berterusan menipu dan membiarkan hati sendiri terluka sekali lagi.

Ada juga yang sanggup memutuskan perhubungan kerana tidak mampu untuk mengawal ‘trust issue’ yang dialaminya. Lagi-lagi, bagi individu yang berpasangan dengan orang yang kerap menipu.

Begitulah kisah pilu yang diceritakan oleh seorang wanita asal Indonesia. Daripada video TikTok yang memaparkan sesi fotografi praperkahwinan bersama teman lelakinya yang tular baru-baru ini menyebabkan tembelang lelaki itu pecah.

Teman lelakinya disangka mempunyai pekerjaan tetap sebagai seorang pegawai tentera udara. Namun, rupanya status tentera udara tersebut adalah palsu semata-mata.

Sentiasa mengenakan baju loreng, walaupun ketika membuat panggilan video dan berjumpa

Kisah pembongkaran identiti lelaki tersebut dan perpisahan mereka berdua telah mengejutkan orang ramai, termasuklah warganet Malaysia.

Hal ini disebabkan, pasangan dari Bandung, Indonesia itu sudah mengambil gambar praperkahwinan dengan menggunakan khidmat studio khas.

Penularan video sesi fotografi praperkahwinan di TikTok menyebabkan identiti lelaki tersebut terbongkar.

Difahamkan, video berkenaan turut ditonton daripada seorang pengawai tentera udara yang sebenar dan mengesahkan tiada anggota yang bernama seperti lelaki tersebut dalan unit berkenaan

Minta putus, kantoi bukan abang airforce sebenar

Setelah mengetahui ‘identiti’ sebenar teman lelakinya, wanita itu memilih untuk tidak meneruskan hubungan mereka dan tidak meneruskan perkahwinan mereka.

Impak daripada penularan kisah dirinya ditipu hidup-hidup menyebabkan keluarganya menasihati dirinya untuk meninggalkan lelaki tersebut.

Perkara ini dilihat seperti menconteng arang pada muka orang tua wanita berkenaan dan tiada jaminan bahawa dia akan menjadi seorang yang jujur selepas insiden tersebut.

Teman lelaki merayu agar tidak meninggalkannya kerana terlalu rindu

Dalam paparan mesej perbualan yang dimuatnaik dalam TikToknya, lelaki itu dilihat merayu dan meminta maaf sedalam-dalamnya atas apa yang telah berlaku.

Lelaki tersebut mengakui bahawa dirinya masih menyayangi bekas kekasihnya dan amat menyesali keputusannya untuk meneruskan penyamaran tersebut.

@miceleeesss

Membalas @userb3v8uzwjkz sudah ya

♬ Sial – Mahalini

Walau bagaimanapun, dia akur akan keputusan yang dibuat oleh wanita tersebut. Dia juga berkata bahawa dirinya nekad untuk tidak bercinta lagi kerana ia meninggalkan rasa sakit buat dirinya.

BACA: Angka Korban Gempa Bumi Turkiye Cecah 44,218 Orang

Sumber: @tnigadungan & @miceless via TikTok

The post Bukan ‘Abang Airforce’ Sebenar, Kantoi Hingga Putus Tunang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*