Bukan Barcelona & Al Hilal, Messi Sah Sertai Kelab Inter Miami

Messi Sertai Inter Miami

Bukan Barcelona & Al Hilal, Messi Sah Sertai Kelab Inter Miami

PARIS — Bintang Argentina, Lionel Messi sah sertai kelab dari Amerika Syarikat, Inter Miami selepas khabar angin tentang perpindahannya, lapor BBC.

Difahamkan, perpindahan pemain berusia 36 tahun itu adalah termasuk kerjasama daripada jenama seperti Adidas dan Apple.

Pemindahan ke liga Amerika itu bakal menjadi sejarah buatnya kerana  bermain kali pertama di luar Eropah.

Menurut Messi, dia menjelaskan bahawa ingin kekal semusim lagi bersama PSG namun tiada lanjutan kontrak diterima. Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk memilih Inter Miami atau Al-Hilal sebagai destinasi seterusnya.

Tak Jadi Ke Barcelona & Al Hilal

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang tentang pemindahan pemain itu untuk menyertai Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema di liga Arab.

Bagaimanapun, Messi memilih kelab Major League Soccer (MLS) Inter Miami atas pelbagai sebab termasuk gaya hidup, dan perjanjian dengan jenama besar.

Bekas pemain PSG itu menolak tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Hilal selepas khabar angin bersama kelab berkenaan.

Tambahan lagi, faktor batasan Financial Fair Play (FFP) membuatkan bekas pemain Barcelona itu berfikir dua kali untuk kembali semula ke La Liga.

BACA JUGA: Sah Tinggalkan Real Madrid, Benzema Terbang Ke Kelab Arab Saudi, Al Ittihad

Sementara itu, Wartawan sukan, Fabrizio Romano turut mengumumkan pemindahan pemain tersebut dalam satu hantaran di Facebook.

“Lionel Messi ke Inter Miami, mari kita pergi!

“Keputusan telah dibuat dan ia akan diumumkan oleh Leo dalam beberapa jam kemudian.

“Messi akan bermain di MLS musim depan. Tiada lagi peluang untuk Barcelona walaupun cuba merealisasikannya.” tulisnya di platform media sosial tersebut.

Sepanjang bersama PSG, Lionel Messi berjaya membawa kelab itu memenangi Ligue 1 dalam kedua-dua musimnya.

Untuk rekod Messi berjaya menjaringkan 32 gol dalam 75 perlawanan untuk kelab itu. Pada musim ini, dia berjaya menyumbat 16 gol dan 16 bantuan gol dalam Ligue 1.

Terdahulu, bintang Argentina itu telah digantung selama dua minggu pada Mei kerana melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi.

Sumber: BBC, Fabrizio Romano

The post Bukan Barcelona & Al Hilal, Messi Sah Sertai Kelab Inter Miami appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*