Bukan Hiasan Semata, Ini Kaitan Tanglung Dan Tahun Baru Cina

Tanglung Dan Tahun Baru Cina

Bukan Hiasan Semata, Ini Kaitan Tanglung Dan Tahun Baru Cina

Perayaan Tahun Baharu Cina bakal disambut tidak lama lagi oleh semua masyarakat Cina di seluruh dunia yang beragama Budha.

Pastinya dalam tempoh kurang daripada seminggu sebelum sambutan, hiasan sudahpun menghiasi kawasan rumah khususnya yang mempunyai majoriti kaum Cina.

Hiasan berwarna merah semestinya akan menjadi pilihan setiap kali sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di seluruh dunia.

Hiasan seperti tanglung juga merupakan simbolik utama dalam perayaan Tahun Baharu Cina. Tapi tahukah anda apa simbolik tanglung dengan sambutan perayaan tersebut. Selain itu, kenapa warna merah menjadi pilihan utama dalam sambutan Tahun Baharu Cina.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Oleh itu, penulisan artikel pada hari ini ingin berkongsi serba sedikit berkenaan simbolik kepada sambutan Tahun Baharu Cina.

Apa kaitan tanglung dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina?

Menurut Prior World, tanglung kertas mula diperkenalkan buat pertama kali pada lebih dua ribu tahun yang lalu, ia diperbuat daripada kertas dan menjadi terkenal di seluruh dunia yang mempunyai budaya Cina. Ia sangat popular terutamanya di kawasan Asia Timur.

Tanglung dinyalakan sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina adalah kerana ia mewakili kepada perhimpunan keluarga dan masa depan yang lebih cerah. Tanglung juga merupakan simbolisme sumber cahaya dan harapan yang sangat ikonik.

Kredit Prior World

Sejarah Cahaya Tanglung

Pada mulanya, tanglung lebih praktikal daripada ajaib. Orang Cina mula-mula membuat tanglung semasa Dinasti Han Timur (25-220 AD) bertujuan untuk melindungi nyalaan lilin.

Ia direka menggunakan sutera atau kertas di atas bingkai buluh, kayu atau jerami gandung. Tidak lama kemudian, tanglung mula dihiasi dengan aksara Cina dan digunakan sebagai panduan mencari dan menerangi jalan.

Beratus-ratus tahun kemudian, tanglung telah berubah menjadi simbolik kepada perayaan.

Semasa Dinasti Tang, golongan ibu bapa akan menyediakan tanglung untuk hari pertama persekolahan anak mereka dengan meminta guru untuk menyalakannya bagi merahmati persekolahan anak sepanjang tahun.

Kredit Prior World

Pada malam terakhir sambutan Tahun Baharu Cina, jalanan akan dinyalakan dengan cahaya lampu merah semasa Festival Tanglung, golongan muda akan pergi ke kawasan umum dengan harapan untuk mencari jodoh.

Tradisi berkenaan dikatakan masih diamalkan di sesetengah kawasan di negara Asia terutamanya di Malaysia.

Hari ini, tanglung telah digunakan dalam pelbagai upacara, perayaan dan juga sebagai hiasan kontemporari.

Cerita rakyat dan perlambangan

Apabila penggunaan tanglung menjadi lebih meluas, makna dan mitologinya juga berkembang. Sami Budha mula menggunakan tanglung untuk meraikan Budha sebagai upacara pemujaan.

Satu lagi legenda lain ialah, terdapat kisah yang menceritakan kisah seekor burung suci secara tidak sengaja ditembak jatuh dan dibunuh oleh pemburu. Kerana berang, dewa menghantar orang bawahannya untuk membakar semua penduduk pada hari terakhir sambutan Tahun Baharu China.

Kemudiannya, anak perempuan dewa telah menghantar mesej rahsia kepada penduduk untuk memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa. Orang ramai memutuskan untuk menyalakan tanglung berwarna merah dan mercun sebagai simulasi nyalaan api besar.

Rancangan tersebut telah berjaya dan kebakaran sebenar dapat dihalang, peristiwa itu telah mencetuskan tradisi tahunan menyalakan tanglung merah sebagai tanda tuah serta kemakmuran.

Sambutan perayaan di rumah

Tanglung pada akhirnya telah berkembang sejak ribuan tahun dan kini terdapat pelbagai bentuk dan saiz. Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, terdapat ratusan jenis tanglung boleh menjadi pilihan untuk dinyalakan di rumah anda sendiri.

Apa signifikan warna merah dengan sambutan Tahun Baharu Cina?

Menurut The Conversation, kaum Cina di seluruh dunia percaya warna merah merupakan warna yang membawa tuah.

Apabila tahun baru tiba, pakaian merah baru dipakai untuk melawat saudara-mara dan rakan-rakan bagi bertukar-tukar berkat dan hadiah.

Kredit Ethan Wong/Unsplash

Semasa lawatan ini juga, kanak-kanak akan diberikan sampul kertas berwarna merah yang diisi dengan wang tunai bagi melambangkan bahawa nasib malang akan dihalau dan nasib baik akan diturunkan.

Sumber: Prior World, The Conversation

The post Bukan Hiasan Semata, Ini Kaitan Tanglung Dan Tahun Baru Cina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*