Bukan Masuk Kereta Terus ‘On’, Ini Cara Betul Jaga Aircond Compressor

Cara jaga Aircond Compressor

Bukan Masuk Kereta Terus ‘On’, Ini Cara Betul Jaga Aircond Compressor 

Tidak dinafikan cuaca di Malaysia sememangnya tidak lari dengan panas. Tambahan lagi, jika kita mempunyai perkara mustahak memerlukan kita meredah sinaran matahari. Ia pastinya membuatkan kita berfikir dua kali.

Lebih-lebih lagi, jika penghawa dingin atau aircond kenderaan milik kita tidak sejuk atau rosak. Sudah tentu, ia boleh membuatkan kita hilang mood untuk keluar dari rumah dengan selesa.

Namun, pernahkah anda terfikir sebenarnya, aircond compressor kenderaan cepat rosak berkemungkinan berpunca daripada cara penggunaan kita sendiri?

Langkah penggunaan yang tepat boleh memastikan jangka hayat penghawa dingin kereta bertahan lebih lama. Lanjutan itu, mari kita ikuti perkongsian @carlsonchia_oe di platform TikTok di bawah.

Cara Guna Aircond Compressor Dengan Betul

Setiap orang pastinya selepaskan hidupkan enjin kereta terus membuka penghawa dingin. Lebih-lebih lagi cuaca di luar sana sangat panas.

Namun, sebenarnya, masih ramai yang tidak mengetahui cara pengunaan aircond compressor dengan betul. Disebabkan itu, ia mudah rosak atau tidak dapat mengekal kesejukan pada cuaca panas.

Sewaktu masuk ke dalam kereta, anda jangan terus membuka aircond. Sebaliknya, apa yang perlu anda lakukan adalah pertama dengan menurunkan cermin tingkap kenderaan atau kereta.

@carlsonchia_oe

Adakah u pun buat mcm ini?patutlah air cond x tahan #tiktokguru #tiktokmechanic #carlsonchia #clgroupautoservice #viral #fyp #aircond

♬ original sound – Boss Carlson – Boss Carlson

Kemudian, buka aircond pada tahap satu (level 1) dan tekan tombol (matikan) A/C serta gunakan udara dari luar dalam kereta (simbol udara dari luar kereta).

Selepas enjin kenderaan telah panas, gunakan aircond pada tahap berikutnya (kedua). Tekan tombol A/C untuk hidupkan dan tukarkan simbol udara dari luar kepada udara di dalam kenderaan.

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Sekiranya mereka menginginkan udara yang lebih sejuk, barulah boleh tukar tahap kelajuan aircond dan paras kesejukan sampai maksimum setelah kereta berjalan pada tempoh yang lama.

Dengan ini, barulah aircond kenderaan milik anda bertahan dalam jangka masa yang lebih lama.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan, lebih 140,000 tanda ‘Suka’ dan melebihi 1,000 komen serta hampir 10,000 perkongsian daripada pengguna.

Rata-rata pengguna memberikan komen positif dengan tips penjagaan aircond compressor kereta yang disampaikan.

Sumber: TikTok @carlsonchia_oe

The post Bukan Masuk Kereta Terus ‘On’, Ini Cara Betul Jaga Aircond Compressor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*