Bukan Saja-saja, Tak Sangka Rupanya Ini Fungsi Sebenar Lekuk-lekuk Kecil Pada Bola Golf

bola golf lekuk

Bukan Saja-saja, Tak Sangka Rupanya Ini Fungsi Sebenar Lekuk-lekuk Kecil Pada Bola Golf

Sukan golf biasanya distereotaip sebagai sukan orang-orang kaya berikutan peralatannya yang mahal. Namun, disebabkan sukan ini unik dan memerlukan kemahiran yang tinggi, ia masih memiliki peminatnya yang tersendiri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Jika anda merupakan salah seorang pemain golf, ataupun pernah memegang bola golf, perasan tak bola golf memiliki permukaan yang agak unik?

Berbeza dengan bola-bola lain, bola golf tidak rata dan memiliki kesan lekuk pada permukaannya. Adakah kesan lekuk ini hanya untuk menambahkan nilai estetik pada bola tersebut, ataupun terdapat sebab di sebalik rekaan tersebut?

Rupanya, kesan lekuk itu memberikan kesan signifikan yang besar dalam sukan golf. Lekuk-lekuk adalah untuk memberikan kesan aerodinamik secara optimum terhadap bola itu.

Dengan ini, bola tersebut mampu bergerak lebih jauh bergantung pada daya angkat dan daya seret objek tersebut di udara.

Bola dengan bentuk lekuk boleh gerak lebih jauh?

Menurut Scientific American, bola yang memiliki kesan lekuk dapat bergerak dua kali jauh berbanding bola biasa. Perjalanan bola berlekuk di dalam udara dilaporkan lebih lancar berbanding bola yang tidak memiliki apa-apa kesan lekuk.

Ini disebabkan, kesan lekuk tadi telah menghasilkan ‘sempadan udara’ di sekeliling bola dan mengurangkan kawasan daya seretan di belakang bola.

Bentuk-bentuk ini juga bertindak sebagai turbulator yang mendorong tujahan dalam lapisan udara di sekeliling bola itu.

Selain itu, rekaan ini turut menyumbang terhadap daya angkat sesuatu objek. Secara keseluruhan, aliran udara disekeliling bola akan bergerak lebih lancar, dengan udaranya di hadapannya bergerak dengan lebih laju.

Perkara ini akan meletakkan bola golf di dalam ‘sandwich’ aerodinamik yang sempurna. Bahagian belakang yang bertekanan tinggi akan menolak bola ke hadapan dan kekurangan tekanan pada bahagian hadapan akan membenarkan bola tersebut bergerak lebih laju di udara.

Menariknya, kedalaman lekukan ini turut memberikan perbezaan yang ketara. Satu bola golf biasa memiliki kira-kira 300 hingga bentuk lekukan dengan kedalam purata sebanyak 0.01 inci.

Walaupun kebanyakan bentuk lekuk pada bola golf berbentuk sfera, beberapa syarikat kini mula mengeluarkan bola golf dengan lekuk-lekuk yang berbentuk seakan-akan heksagon. Ini dapat mengurangkan lagi daya serata pada bola tersebut.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: Mental Floss

The post Bukan Saja-saja, Tak Sangka Rupanya Ini Fungsi Sebenar Lekuk-lekuk Kecil Pada Bola Golf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*