Bukit Aman siasat MP Baling, bukan Hadi

Nota editor: Laporan ini telah ditulis semula selepas PDRM meminda kenyataan medianya.

Polis menjelaskan bahawa pihak berkuasa itu sedang menyiasat Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad berhubung kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Terdahulu, Bukit Aman mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan PDRM sedang menyiasat Presiden PAS Abdul Hadi Awang selepas menerima laporan polis berhubung perkara itu.

Beberapa jam selepas berita mengenai siasatan itu dilaporkan, pihak polis memberitahu wartawan bahawa kenyataan media tersebut perlu dipinda.

Kenyataan baru itu menamakan Hassan sebagai individu yang sedang disiasat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung tuduhan yang dilakukan oleh Ustaz Hassan bin Saad, Ahli Parlimen Baling terhadap YAB Perdana Menteri sebagai ejen Israel.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Setiausaha PDRM, Noorsiah Mohd Saaduddin.

Anwar, semalam mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang mendedahkan perkara itu dibincangkan semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Katanya, dia menzahirkan bahawa dirinya tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang memberi kritikan sama ada terhadap ‘capal’, selipar dan sebagainya.

 

“Tetapi kita menetapkan batas kepada elemen-elemen seperti fitnah tuduhan ejen Israel dan beliau telah meminta pihak polis mengambil tindakan,” kata Fahmi.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan yang membawa fitnah perkauman yang melampau ini perlu berhenti sekarang.

Beberapa insiden sepanjang tempoh kempen PRU15 dan juga selepas itu telah menimbulkan sentimen perkauman dan agama.

Ia khususnya membabitkan tentangan daripada beberapa parti Melayu-Islam terhadap PH yang menjadi parti gabungan berbilang kaum.

Semalam, Abdul Hadi turut menuduh DAP mempromosikan Islamofobia.

Kenyataan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh pemimpin dan penyokong PH terhadap kenyataan kebencian yang didakwa disebarkan oleh ahli dan penyokong PAS secara dalam talian semasa dan selepas PRU15.

Ketika ceramah pada 16 Nov, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa PH adalah ejen Yahudi dan Kristian yang ingin menjajah Malaysia.

Bagaimanapun, Muhyiddin kemudiannya mendakwa kenyataannya yang mengaitkan PH sebagai “ejen Yahudi” telah petik di luar konteks.

 

Beberapa hantaran media sosial tentang kemungkinan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 juga ditemui di TikTok beberapa hari selepas hari pengundian.

BACA: Penceramah bebas punyai 3 isteri didakwa merogol remaja dalam Vellfire, di hadapan surau & dalam hotel

Kredit: Malaysiakini

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*