Buku terbesar dunia antara tarikan Festival Seni Islam di Nasyrul Quran

PUTRAJAYA- Pengunjung Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran bakal berpeluang menyaksikan buku terbesar di dunia yang akan dipamerkan kepada orang awam.

Ensiklopedia sirah atau kisah hidup sejarah Rasulullah SAW bertajuk Haza Muhammad itu bakal dipertontonkan secara eksklusif selama 10 hari sepanjang program tersebut berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, buku terbesar itu juga disifatkan unik memandangkan telah diterjemah ke bahasa Melayu dengan tajuk Inilah Muhammad.

“Tujuan kita bukan untuk bermegah, tapi bagi memupuk minat masyarakat khasnya umat Islam agar mencintai Nabi Muhammad SAW serta menghayati al-Quran.

“Justeru, pelbagai acara menarik ada disediakan untuk para pengunjung festival itu termasuk pameran barang Rasulullah SAW dan para sahabat serta artifak sejarah Islam,” katanya tadi di sini hari ini.-

Festival Seni Al-Quran Restu Global akan diadakan mulai Jumaat ini sehingga 29 Januari depan dari pukul 9 pagi hingga 6 petang kecuali pada Sabtu dan Ahad sehingga 9 malam. KOSMO! ONLINE

The post Buku terbesar dunia antara tarikan Festival Seni Islam di Nasyrul Quran appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*