Bunga Sakura Mekar: 87% Pelancong Bertekad Untuk Merasai Keindahan Bunga Sakura Yang Mekar

Bunga Sakura Mekar: 87% Pelancong Bertekad Untuk  Merasai Keindahan Bunga Sakura Yang Mekar

Kuala Lumpur, 2 April 2024 – Kitaran musim bunga tahunan telah bermula, dan bunga sakura  dijangka mekar sepenuhnya mulai akhir Mac sehingga awal April. Dengan 3 daripada 5 orang  pelancong di APAC terdorong untuk merancang perjalanan mengikut iklim dan musim pilihan  mereka, Klook mencatatkan peningkatan sebanyak 63% dalam tempahan ke rantau Asia  Utara pada bulan Mac 2024 yang dipenuhi dengan bunga Sakura mekar, menjadikan musim  bunga ini antara waktu yang paling popular untuk dikunjungi. 

Berhajat untuk menikmati pemandangan bunga sakura yang sedang mekar, 87% pelancong  di APAC akan membuat perjalanan khusus ke destinasi ini, menurut tinjauan oleh Klook,  platform terkemuka Asia untuk pengalaman dan perkhidmatan pelancongan.

bunga sakura mekar

Pelancong sedang bersiap sedia untuk musim merah jambu: satu destinasi, banyak lokasi. Dari kalangan pelancong yang membuat tempahan percutian khusus untuk menikmati bunga sakura, kebanyakan daripada mereka merancang perjalanan mereka sehingga tiga  bulan lebih awal dan berhasrat untuk menginap sehingga dua minggu di destinasi masing masing. Jepun muncul sebagai destinasi utama untuk menikmati keindahan bunga sakura mekar, seperti yang ditunjukkan oleh 76% daripada pelancong. Selain daripada itu, ramai  pelancong tidak puas hanya berkunjung ke satu lokasi, mereka mencari peluang untuk  merasai suasana bunga sakura sebanyak mana yang mereka boleh. 8 daripada 10 orang  pelancong ingin meneroka beberapa bandar di destinasi yang sama dan bersedia untuk  melakukan perjalanan sehingga 60 minit keluar dari kawasan bandar utama ke tempat tempat khas untuk melihat bunga sakura. 

bunga sakura mekar

Pengalaman pemandangan terbaik dimenangi oleh… 

Dalam usaha menikmati keindahan bunga sakura, para pelancong memilih cara yang unik. Mereka yakin bahawa aktiviti luar seperti berjalan kaki menghayati alam semula jadi, berpiknik,  dan menghadiri pesta perayaan cara terbaik untuk menikmati keindahan bunga sakura.  Pengembara juga menyukai pengalaman menikmati keindahan bunga semasa bersiar-siar di sekitar destinasi, samada dengan menaiki kenderaan di atas jalan raya, kereta api,  menunggang basikal dan atau bot. Dan apabila berbicara tentang siapa yang mereka ingin  habiskan musim bunga itu bersama, keluarga adalah pilihan utama. 

bunga sakura mekar

bunga sakura mekar

Cerapan Utama: 

  • Jepun dikenal pasti sebagai destinasi utama oleh 76% responden; dan menariknya, pelancong Malaysia menunjukkan minat terbesar (20%) dalam percutian musim  bunga sakura Korea Selatan di antara 8 pasaran yang ditinjau. 
  • 3 daripada 5 orang pelancong yang akan melakukan perjalanan khusus untuk melihat  keindahan bunga sakura menyatakan bahawa pengalaman pilihan mereka untuk  menikmati musim merah jambu adalah di luar, termasuk berjalan di alam semula jadi,  menunggang basikal, dan berpiknik. 
  • Pelancong sanggup melabur wang dan masa untuk menikmati musim bunga sakura  yang cantik ini. Separuh daripada mereka merancang untuk membelanjakan  sehingga AS$2,500 (bernilai kira-kira RM11,750) untuk percutian menikmati keindahan  bunga sakura, dan merancang untuk menginap sehingga dua minggu di destinasi  masing-masing.
  • Kebanyakan daripada pelancong (87%) merancang untuk melawat beberapa bandar  dalam destinasi yang sama, dengan 45% menyatakan pilihan pengangkutan di  destinasi sebagai faktor utama. Bagi pelancong Malaysia, pemanduan di jalan raya  adalah kaedah perjalanan yang lebih digemari. 
  • Media sosial merupakan sumber inspirasi utama untuk mencari aktiviti bunga sakura,  dengan kebanyakan rakyat Malaysia (86%) bergantung kepadanya untuk idea  perjalanan di antara 8 pasaran.  

    Aset visual boleh didapati di SINI.  

    Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan keistimewaan, sila lawati: https://s.klook.com/E3_RPaxpyY  

The post Bunga Sakura Mekar: 87% Pelancong Bertekad Untuk Merasai Keindahan Bunga Sakura Yang Mekar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*