Connect with us

Selebriti

“Cari Duit Cara Lainlah ..” – Peminat Tegur Tiz Zaqyah Terima ‘Review’ Produk Tayang Aset

Published

on

Pelakon Tiz Zaqyah menerima kecaman warganet gara-gara tidak menapis produk sebelum membuat ulasan (review).

Tiz menerusi Instagram (IG) miliknya membuat posting yang ditujukan untuk wanita mempunyai masalah payudara dan punggung.

Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain.

“@mat_jijan02: Tak faham dengan dunia akhir zaman ni, ada lagi yg berniaga tayang aset sendiri.

“@_.mhdamirull: Zina mata.

“@norhisham_69: Cari duit cara lain la dari buat review macam ni.

“@sh.rmro: Kes tak ada duit laa ni.

“@wne_awz_firshaz: Awak memang ada share ke dengan dosa macam ini?

“@cempaka125: Adakah awak pun dibayar banyak untuk review produk ini? Yang buat awak rasa rugi tolak.

“@jue_2020: Orang sekarang ni mana kenal halal haram yang penting perut kenyang! Bila hati dah hitam… Selalu-selalu dengar ceramah ustaz yang baik-baik. Insyallah jadi baik,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, ada segelintir peminat yang tidak percaya dan mendakwa akaun IG Tiz telah digodam.

“@ila.mohdkasim: Tak mungkin @tiz.zaqyah mempromosi produk seperti ini. Akaun dia kena hack kot? Kesian dia.

“@lyne.zana: Tolonglah kata akaun Tiz ni kena hack. Saya mempunyai persepsi yang satu ini bahawa Tiz adalah wanita yang pintar dan berkelas. Iklan ini sangat bertentangan dengan apa yang saya fikirkan mengenai Tiz,” antara yang ditulis.

Sebelum ini, usahawan kontroversi Safiey Illias dikritik selepas tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di IG. – Sumber Gempak

Video Menarik:


Advertisement

Tags

Archives

Trending