Casemiro Senaraikan Tiga Kelab Ancaman United

Casemiro

Pemain tengah Manchester United, Casemiro mengakui tiga kelab besar dalam Liga Perdana (EPL) iaitu Arsenal, Liverpool dan Manchester City adalah ancaman utama mereka, memetik laporan Mirror.

Imbas kembali, tidak dinafikan ketibaan Casemiro di Old Trafford sangat penting untuk kebangkitan mereka musim ini. Hal ini kerana pemain Brazil itu telah memberi ‘impak segera’ kepada United.

“Apabila anda berada di tempat baharu, anda akan setiasa mengimpikan untuk mencipta sejarah terutamanya jika kelab tersebut mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kita tahu sejarahnya.

“Tetapi, saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dalam saingan rancangan jangka panjang seperti Arsenal, Manchester City dan Liverpool. Mereka semua mempunyai pengurus yang telah berada di sana (kelab masing-masing) dalam satu tempoh yang agak lama jadi, mereka mempunyai kelebihan dari aspek itu.

Casemiro
Kredit: The Mirror

“Saya gembira dengan penyesuaian saya di sini, rakan sepasukan dan kakitangan benar-benar membantu terutamanya dalam percakapan yang menggunakan bahasa Inggeris, ia agak sukar tetapi saya akan mencuba menjadi lebih baik,” jelasnya.

Tambahnya, semua orang di Old Trafford sangat mesra dan tidak dinafikan sejak hari pertama dia berasa sangat ‘ok’ dengan mereka (United).

Malah, Casemiro juga dikatakan menghargai semua usaha yang telah dilakukan oleh kelab untuk membawanya ke Old Trafford termasuk John Murtough, pengarah bola sepak United.

Casemiro
Kredit: Goal.com

Kepentingan Casemiro dibuktikan melalui ketiadaannya dalam perlawanan liga terakhir United di mana dia telah dilayangkan kad kuning semasa perlawanan menentang Crystal Palace sekali gus menyebabkan dia terlepas perlawanan seterusnya menentang Arsenal.

Peluang tersebut dimanfaatkan oleh The Gunners dengan sebaiknya apabila berjaya memperoleh kemenangan dengan mengalahkan The Red Devils dengan keputusan 3-2 di Stadium Emirates.

Bagaimanapun, pemain Brazil itu kembali untuk pertembungan Piala FA menentang Reading pada malam Sabtu dan dapat dilihat Casemiro menjaringkan dua daripda tiga gol United untuk perlawanan itu.

Malah, jurulatih Nottingham Forest, Roy Keane turut mengiyakannya prestasi Casemiro dengan berkata, “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Man Utd kekurangan pemain yang berkualiti dan profesional. Dia (Casemiro) seorang yang berkualliti tinggi. Kami melihatnya minggu demi minggu. Dia mampu mempengaruhi perlawanan.

Untuk rekod, The Red Devils tidak pernah menjuarai EPL sejak 2013 lagi, justeru kelab tersebut perlu mengatasi beberapa pesaing lain sekiranya ingin berada di kedudukan teratas liga.

Tambah lagi, ‘kemarau’ piala bagi pasukan itu bermula sejak pengurus terdahulu, Jose Mourinho memegang kelab namun prestasi juasa EPL 13 kali itu mula berubah sejak bekas pengurus Ajax, Erik ten Hag mengemudi mereka awal musim ini.

Buktinya, United kini menduduki tempat ketiga di belakang pesaing terhebat Manchester City dan Arsenal serta selesa mendahului Liverpool yang ketinggalan di kedudukan kesembilan setelah mengalami kejatuhan prestasi yang teruk.

Sebelum ini, The Reds dan City dilihat sebagai pasukan yang mempunyai saingan yang hebat sejak 2018 namun kini, The Gunners kelihatan bersedia menjatuhkan kedua-dua pasukan tersebut.

 

Sumber: The Mirror

The post Casemiro Senaraikan Tiga Kelab Ancaman United appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*