Connect with us

Politik

Catat Dan Simpan Suhu Badan Adalah Salah Dan Tidak Boleh Buat – Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Published

on

Catat Dan Simpan Suhu Badan Adalah Salah Dan Tidak Boleh Buat - Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia 1

Daripada budaya kerja, bidang pembelajaran kepada perniagaan, pergantungan kepada teknologi digital semakin ketara. Begitu juga amalan prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

Hendak masuk ke mana-mana pejabat dan pusat beli-belah juga tidak semudah dahulu. Setiap daripada kita pada masa ini wajib melepasi pemeriksaan suhu badan sekiranya ingin melangkah masuk ke dalam bangunan.

REKOD suhu badan ketika pemeriksaan di mana-mana premis perniagaan tidak sepatutnya dicatatkan dalam buku atau disimpan secara rekod digital.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, penyimpanan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan kerangka tatacara pengendalian dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

Berdasarkan garis panduan itu, katanya, hanya nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan, sama ada pada buku atau secara simpanan digital.

“Data peribadi hanya digunakan untuk pengesanan kontak, manakala tempoh simpanan data pengunjung ialah sehingga enam bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mesti dimusnahkan dan dipadam secara kekal selepas sembilan bulan.

“Cuma sedikit kekeliruan, kalau kita pergi ke premis perniagaan, dia tulis suhu badan, maka ini tidak wajib dan maka dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia salah.

“Penulisan suhu badan tidak boleh dilakukan,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Hanya yang bacaan suhu badan memenuhi SOP akan mendapat lampu hijau untuk masuk daripada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan. Langkah ini amat penting untuk memastikan tiada penularan wabak COVID-19.

Namun begitu, adakah pengambilan suhu itu benar-benar mengikut SOP yang ditetapkan? Persoalan paling penting, adakah anda yakin bahawa bacaan suhu itu adalah tepat mahupun sebaliknya.

Kredit:HMetro

Please Like: Ceritakini

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Tags

Trending