CCTV Rakam Wanita ‘Terberak’ Depan Pintu Masuk Sebuah Kafe, Lelaki Tergelincir Terpijak Tahi

Tular di media sosial mengenai satu rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki di sebuah kafe hampir jatuh tergelincir selepas terpijak najis di atas lantai, lapor Daily Star.

Video rakaman CCTV yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok itu dilaporkan telah mendapat lebih 200,000 tanda suka daripada penonton.

Video tersebut memaparkan seorang wanita sedang berjalan masuk secara bersahaja ke sebuah kafe dan meninggalkan ‘sesuatu’ yang dipercayai sebagai najis di pintu masuk kafe berkenaan.

Tak lama selepas itu, seorang lelaki berbaju merah yang memasuki kafe tersebut dilihat hampir tergelincir akibat terpijak najis tersebut.

Walau bagaimanapun, klip rakaman tersebut dipercayai telah direkod pada tahun 2015 sebelum ia disiarkan semula di TikTok pada Julai 2019.

Perbuatan menjijikkan itu dipercayai telah dilakukan oleh seorang wanita setelah rakaman CCTV dengan jelas dapat merakam detik-detik najis itu terjatuh di atas lantai dari pakaiannya ketika dia sedang berjalan.

Rata-rata netizen yang melihat video itu memberi reaksi merasa jijik dan menggelikan apabila wanita tersebut secara bersahaja bertindak sedemikian dan sekali gus membuatkan lelaki berkenaan alami hari yang malang.

Ada juga di antara netizen yang menontom tertanya-tanya adakah wanita itu sebenarnya tidak menyedari najisnya terjatuh atau dia sememangnya sengaja membuat perbuatan yang menjijikkan itu?

Namun, ada juga yang berpendapat, akibat tidak tahan untuk membuang air besar maka wanita itu mengambil jalan singkat dengan membuang terus najisnya sambil berjalan kerana dapat dilihat wanita itu seperti dalam keadaan tergesa-gesa ketika memasuki kafe berkenaan.

Video:

https://www.tiktok.com/@oppglobalmemes_/video/7121478260424281350

Baca: (Video) Isteri ajak suami makan di restoran tempat teman wanitanya bekerja

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*