Cecah 1GBps, Phone Dalam Range RM1000 Tapi Internet 5G Laju Berdesup

Cecah 1GBps, Phone Dalam Range RM1000 Tapi Internet 5G Laju Berdesup

Kalau kau nak beli smartphone baru, apa ciri-ciri utama yang kau akan pilih? Dah tentu akan pilih memori besar sebab nak simpan gambar selfie beribu-ribu kan? Mesti nak yang bateri tahan lama, kalau boleh tak payah cas berkali-kali sehari kan? Mesti nak smartphone yang cas kejap je dah full bateri kan? Dan paling penting mesti nak kamera cantik kan?

Kau nak tahu tak yang OPPO ada keluarkan satu smartphone baru yang boleh penuhi semua benda yang kau idamkan tu. Siap tambah dengan sokongan 5G sekali tau. OPPO baru sahaja melancarkan OPPO A78 5G dan kau nak tahu apa special smartphone ni? Meh aku cerita.

Sokong rangkaian 5G

Rangkaian 5G ni boleh dikatakan baru juga di Malaysia tapi dengan harga bawah RM1,100 kau dah boleh dapat smartphone dengan sokongan 5G pada OPPO A78 ni. Tak payah nak belanja sampai 5-6 ribu semata nak pakai smartphone 5G. Aku buat speed test kawasan Cyberjaya ni boleh cecah sampai 1 Gbps tau. Kalau nak download video, baru niat je dah siap download dah. Okay tu gurau. Tapi memang laju berdesup kalau nak download video panjang.

8GB RAM + 128GB Storage, RAM expansion sehingga 8GB

RAM besar? Storage besar? Ada bossku. Kau yang kaki selfie, pantang jumpa view cantik mesti bergambar, makanan sampai pun ambik gambar sebelum makan memang sesuai pakai OPPO A78 5G ni. Sebab OPPO bagi 128GB storage. RAM 8GB dan kau boleh expand lagi sampai 8GB. Memang smooth je nak buka apa-apa aplikasi. Zaman bila smartphone pakai RAM 2GB ni? Dah tahun 2023 kot.

Stereo Speaker

Dengar lagu guna phone ni memang dah jadi trend zaman sekarang. Nak dengar lagu biar puas hati. Kalau dengar pakai speaker pecah, baik nyanyi sendiri je, dah confirm tak sedap. OPPO A78 5G ni datang sekali dengan stereo speaker tau. Susah nak jumpa phone range RM1,000 ni siap stereo speaker. Kualiti audio dia kau boleh layan video kat bawah.

Bateri 5,000 mAh dan 33W SUPERVOOC

Kalau sehari kena cas phone sampai 5 kali, baik kau pakai bateri kereta je kat phone kau tu. OPPO A78 5G ni siap dengan bateri 5,000 mAh yang boleh tahan sampai 22 jam untuk penggunaan ringan. Kalau kau jenis hadap PUBG je seharian, boleh tahan 7 jam lepas cas penuh.

Kalau kau kaki game mesti nak cas tu cepat penuh kan? OPPO A78 5G ni dah siap dalam kotak adapter 33W pengecasan pantas SUPERVOOC. Entah siapa ajar kepala charger kena beli asing ni. OPPO masih bagi dalam kotak siap kabel type-C. Ambik masa 30 minit je nak capai dari 0% ke 50%. Kalau nak 100% tu lebih kurang sejam lebih la. Laju kan?

50MP + 2MP dual camera

Bab kamera ni malas cakap banyak. Kau nilai sendiri hasilnya. Aku bagi contoh gambar kamera depan dan belakang. Siap ada AI retouching dan HDR untuk kamera selfie. Pada aku, kalau kau memang jenis suka selfie, OPPO A78 5G ni smartphone bajet dengan kamera selfie yang sangat puas hati. Harga bawah RM1,100 memang berbaloi dengan kamera yang kau dapat. Meh tengok contoh gambar kat bawah ni.

Sample video OPPO A78 5G

OPPO Glow Design

Dari segi rekaan dan warna smartphone mungkin akan jadi pertimbangan terakhir kau sebelum bayar kan? Dah pilih spec smartphone baru seller tu akan tanya “akak nak warna apa?” OPPO A78 5G ni datang dengan rekaan glow gitu. Ada warna Glow Purple dan kat tangan aku ni warna Glow Black. Memang mantap Glow Black ni. Body smartphone ni 7.99mm dia punya slim dan berat dia pun 190g je. Just nice bak kata mat salleh.

OPPO A78 5G ni dijual dengan tanda harga RM1,099 siap macam-macam spec padu dan terkini yang aku cerita tadi tu. Kat mana nak beli? Kalau korang nak goyang kaki kat rumah tunggu phone sampai boleh beli kat OPPO Official Online Store atau OPPO Authorised Online store. Kalau kau jenis tak menyabar, kau boleh pergi terus ke mana-mana My OPPO Space, OPPO Brand Store atau OPPO Authorized Dealers. OPPO A78 5G ini akan mula dijual pada 14 Januari 2023. Tahun baru, smartphone pun baru.

The post Cecah 1GBps, Phone Dalam Range RM1000 Tapi Internet 5G Laju Berdesup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*